UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kesan intervensi modul trauma terhadap perkembangan kognitif, sosial, emosi dan identiti agama dalam kalangan mangsa konflik pasca damai di Aceh

Jannah, Miftahul (2024) Kesan intervensi modul trauma terhadap perkembangan kognitif, sosial, emosi dan identiti agama dalam kalangan mangsa konflik pasca damai di Aceh. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of s902070_01.pdf] Text
s902070_01.pdf
Restricted to Repository staff only until 14 August 2026.

Download (6MB) | Request a copy
[thumbnail of s902070_02.pdf] Text
s902070_02.pdf

Download (5MB)

Abstract

Pada era pasca damai, masyarakat Aceh mengalami pelbagai trauma yang menjejaskan perkembangan kognitif, sosial, emosi, dan identiti agama mereka. Pelbagai intervensi diperlukan untuk mengatasi trauma yang dialami mereka. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan intervensi modul trauma terhadap perkembangan kognitif, sosial, emosi dan identiti agama antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam kalangan mangsa konflik pasca damai di Aceh. Kajian ini juga bertujuan mengkaji perbezaan tahap perkembangan kognitif, emosi, sosial dan identiti agama mangsa pasca damai antara Kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Reka bentuk kajian ini adalah kuasi eksperimen yang melibatkan dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan rawatan. Seramai 99 orang responden terlibat dalam kajian ini dan dipilih menggunakan Teknik persampelan bertujuan. Kajian ini menggunakan empat instrumen iaitu Inventori Kognitif Postraumatik (PTCI), Inventori Kefungsian Psikososial (IPF), Skala Pemaafan Emosi (EFS), dan Inventori Personaliti Keagamaan Islam (MRPI). Analisis data bagi kajian ini menggunakan Multivariate Analysis of Covariance (MANCOVA). Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan tahap perkembangan terhadap kognitif, sosial, emosi, dan identiti agama bagi Kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan. Selain itu, hasil kajian mendapati terdapat perbezaan kesan intervensi modul trauma terhadap perkembangan kognitif, sosial, emosi, dan identiti agama bagi kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan. Justeru, intervensi modul trauma didapati berkesan dalam meningkatkan perkembangan kognitif, sosial, emosi, dan identiti agama mangsa konflik di Aceh. Oleh itu, kajian ini menyokong penggunaan intervensi modul trauma untuk membantu mangsa konflik di Aceh dalam tempoh pasca damai dan menggalakkan pemulihan dan pembangunan mereka pada masa hadapan

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Kamsani, Siti Rozaina and Mohd Ariffin, Nurhazlina
Item ID: 11474
Uncontrolled Keywords: Intervensi Modul Trauma, Kognitif, Sosial, Emosi, Identiti Agama
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Date Deposited: 05 Jan 2025 03:08
Last Modified: 05 Jan 2025 03:08
Department: Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences
Name: Kamsani, Siti Rozaina and Mohd Ariffin, Nurhazlina
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11474

Actions (login required)

View Item
View Item