UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Model pemaparan watak wira sastera Melayu dalam media digital

Muhammad Zakin Haziq, Mohamad Zamberi (2024) Model pemaparan watak wira sastera Melayu dalam media digital. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission.pdf] Text
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s830862_01.pdf] Text
s830862_01.pdf

Download (1MB)

Abstract

Wira merupakan suatu simbol kepada sesebuah kebudayaan. Ia menceritakan perihal pegangan hidup, nilai moral dan sosial suatu kumpulan. Masyarakat Melayu mempunyai berbagai watak wira dalam karya klasik yang diwarisi dari generasi ke generasi. Hal ini menjadikan wira sebagai sebuah kesenian yang bersifat terangkum dan sepunya bagi mewakili pemiliknya. Senario hari ini memperlihatkan pelbagai watak wira dari teks-teks kesusasteraan mula mendapat sentuhan teknologi digital. Meskipun ia merupakan satu perkembangan yang baik namun terdapat segelintir wira telah dibentuk menyimpang daripada rupa asalnya sehingga menjejaskan fungsi seorang wira. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti serta membincangkan pemaparan wira dalam media digital dan teks sastera Melayu yang dibataskan kepada watak Hang Tuah, Merong Mahawangsa dan Badang dalam teks Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa dan Sejarah Melayu. Manakala filem yang digunakan adalah Puteri Gunung Ledang (2004), Hikayat Merong Mahawangsa (2011) dan Magika (2010). Hasil perbincangan akan digunakan untuk membentuk satu model pemaparan wira dalam media digital. Perbincangan dilakukan menggunakan pendekatan kualitatif berserta kaedah analisis teks. Analisis teoretis dilaksanakan dengan menggunakan teori The Hero’s Journey oleh Joseph Campbell (1949) serta teori adaptasi oleh Desmond dan Hawkes (2006) sebagai landasan analisis kesemua wira terpilih. Hasil kajian mendapati kesemua wira pilihan boleh dianggap sebagai wira berdasarkan teori The Hero’s Journey dan seterusnya pemaparan mereka telah dibentuk menggunakan teknik adaptasi longgar apabila pelbagai perwatakan asal telah diubah, ditambah atau digugurkan. Kajian ini mendapati hal tersebut berlaku ekoran konsep wira yang telah diperluaskan berserta beberapa aspek maskuliniti yang telah ditetapkan oleh masyarakat moden berkaitan pemerihalan seorang wira. Oleh itu, satu model pemaparan telah dibentuk sebagai rujukan untuk membentuk wira yang sesuai dijadikan contoh dan ikutan oleh masyarakat kontemporari dalam media digital. Secara tidak langsung kajian ini turut menggesa pemeriksaan kritikal terhadap implikasi penyesuaian wira dalam media digital terhadap nilai dan tingkah laku masyarakat kontemporari.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Md Ali, Rohaya and Hasrah, Mohd Tarmizi
Item ID: 11475
Uncontrolled Keywords: Model Pemaparan Wira; Tradisional; Kontemporari; Media Digital: Sastera Melayu.
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
T Technology > T Technology (General)
Divisions: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Date Deposited: 05 Jan 2025 03:31
Last Modified: 05 Jan 2025 03:31
Department: Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences
Name: Md Ali, Rohaya and Hasrah, Mohd Tarmizi
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11475

Actions (login required)

View Item
View Item