UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pengaruh persekitaran pembelajaran terhadap pengajaran pendidikan moral dan nilai murni dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SMKC)

Teoh, Jane Siew Theng (2024) Pengaruh persekitaran pembelajaran terhadap pengajaran pendidikan moral dan nilai murni dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SMKC). Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of s828722 _01.pdf] Text
s828722 _01.pdf
Restricted to Repository staff only until 21 July 2027.

Download (2MB) | Request a copy
[thumbnail of s828722 _02.pdf] Text
s828722 _02.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (941kB) | Request a copy

Abstract

Pengajaran Pendidikan Moral dan nilai murni dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) masih kurang dikaji oleh penyelidik-penyelidik terdahulu. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji pengaruh persekitaran pembelajaran yang menyumbang kesan kepada pengajaran pendidikan moral dan nilai murni. Kajian ini bertujuan mengkaji pengaruh persekitaran terhadap pengajaran Pendidikan Moral dan nilai murni dalam kalangan murid di SJKC. Di samping itu, kajian ini juga mengenal pasti hubungan di antara kedua-duanya. Pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian dan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 181 orang murid moral dari SJKC di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang terlibat dalam kajian. Teknik persampelan yang digunakan ialah persampelan berstrata tidak seimbang. Data kajian dianalisis dengan analisis statistik jenis Ujian T Sampel Bebas, Ujian ANOVA Sehala, Ujian Korelasi Pearson dan Ujian Regrasi Berganda. Analisis data kajian menggunakan perisian SPSS kerana data kajian bersifat kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral serta kefahaman dan penerimaan nilai murni dalam kalangan murid. Ujian Regresi Berganda menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan persekitaran pembelajaran dalam kelas terhadap hubungan di antara pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral serta kefahaman dan penerimaan nilai murni dalam kalangan murid. Implikasi dapatan kajian membolehkan perlaksanaan pendidikan moral yang lebih efektif dengan mengambil factor persekitaran dalam kelas. Implikasi kajian dari aspek teoritikal selari dengan Teori Ekologi Bronfenbrenner yang menyatakan bahawa faktor persekitaran pembelajaran dalam kelas yang kondusif memberi kesan positif terhadap pengajaran guru dan meningkatkan kefahaman serta penerimaan nilai murni dalam kalangan murid di SJKC.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Kasa, Muhamad Dzahir
Item ID: 11575
Uncontrolled Keywords: Nilai murni, Persekitaran pembelajaran, Pendidikan Moral, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Date Deposited: 17 Feb 2025 07:57
Last Modified: 17 Feb 2025 07:57
Department: Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences
Name: Kasa, Muhamad Dzahir
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11575

Actions (login required)

View Item
View Item