UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Penggunaan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Al-Syariah dalam kalangan pelajar KBD di Negeri Perlis

Norhafiza, Mat Isa (2023) Penggunaan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Al-Syariah dalam kalangan pelajar KBD di Negeri Perlis. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of s825785_01.pdf] Text
s825785_01.pdf
Restricted to Repository staff only until 6 September 2026.

Download (3MB) | Request a copy
[thumbnail of s825785_02.pdf] Text
s825785_02.pdf

Download (1MB)

Abstract

Terdapat kajian yang menunjukkan tahap penggunaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar di Malaysia berada pada tahap yang rendah kerana mereka lebih cenderung untuk menggunakan bahasa ibunda. Objektif kajian ini ialah meneroka penggunaan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Al-Syariah dalam kalangan pelajar KBD di negeri Perlis dari aspek persepsi pelajar, strategi pembelajaran yang diaplikasikan dan faktor yang mempengaruhi penggunaan Bahasa Arab.Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan reka bentuk kajian kes dan teknik pensampelan bertujuan yang melibatkan 10 orang pelajar Tingkatan Empat sebagai peserta kajian. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah temubual separa struktur, pemerhatian dan analisis dokumen.Dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar dalam KBD telah mewujudkan persepsi positif dan negatif. Hasil kajian menunjukkan terdapat tiga strategi pembelajaran Bahasa Arab yang digunakan oleh peserta kajian iaitu strategi di dalam kelas, strategi di luar kelas dan strategi ketika berhadapan dengan peperiksaan. Terdapat tiga faktor yang membantu para peserta kajian dalam menggunakan Bahasa Arab dalam pembelajaran Al-Syariah iaitu interaksi sosial, interaksi budaya dan sikap individu. Implikasi daripada kajian ini ialah pelajar perlu mengaplikasikan strategi pembelajaran bahasa dalam proses pembelajaran yang menggunakan Bahasa Arab sebagai Bahasa pengantar agar mereka dapat mencapai semua objektif yang terdapat dalam mata pelajaran al-Syariah KBD

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Makhsin, Mardzelah
Item ID: 11580
Uncontrolled Keywords: Penggunaan Bahasa Arab, Kurikulum Bersepadu Dini, persepsi dan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Date Deposited: 06 Feb 2025 02:49
Last Modified: 06 Feb 2025 02:49
Department: Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences
Name: Makhsin, Mardzelah
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11580

Actions (login required)

View Item
View Item