UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Hubungan komitmen pengurusan, latihan dan peranan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan terhadap kesedaran keselamatan pekerja

Mohd Erman, Abd Razak (2024) Hubungan komitmen pengurusan, latihan dan peranan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan terhadap kesedaran keselamatan pekerja. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission.pdf] Text
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s825203_01.pdf] Text
s825203_01.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s825203_02.pdf] Text
s825203_02.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (634kB) | Request a copy

Abstract

Komitmen pengurusan dan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan memainkan peranan penting dalam membangunkan budaya kerja selamat di tempat kerja. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan komitmen pengurusan, latihan dan peranan peranan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaaan (JKKP) terhadap kesedaran keselamatan pekerja Syarikat Konsesi Penyelenggaraan Fasiliti Di Hospital Baling. Kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 86 orang responden di mana borang soal selidik telah diedarkan kepada pekerja syarikat konsesi tersebut. Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 27.0 telah digunakan untuk menganalisa data-data kajian ini. Analisa deskriptif menunjukkan tahap komitmen pengurusan yang diamalkan oleh Syarikat Konsesi Penyelenggaraan Fasiliti di Hospital Baling adalah pada tahap tinggi manakala tahap kesedaran keselamatan dan Kesihatan pekerjaan di kalangan pekerja adalah rendah. Analisis kolerasi dan regrasi pula menunjukkan komitmen pengurusan, latihan keselamatan dan peranan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan mempunyai hubungan yang signifikan. Dalam melaksanakan program keselamatan pekerjaan dan aktiviti–aktiviti budaya kerja selamat, pihak majikan haruslah menitikberatkan komitmen pengurusan, Latihan keselamatan, peranan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebagai satu perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh pihak pengurusan dan pekerja dalam meningkatkan kesedaran keselamatan di Syarikat Konsesi Penyelenggaraan Fasiliti Hospital Baling. Kertas kajian ini turut membincangkan hasil dapatan kajian, perbincangan, limitasi kajian, serta cadangan untuk kajian lanjutan. Kata kunci: Kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan, Komitmen pengurusan, Latihan keselamatan, Peranan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan, Pekerja Syarikat Konsesi Penyelenggaraan Fasiliti di Hospital Baling

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Abdullah, Nor Azimah Chew
Item ID: 11638
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce. > HF5549-5549.5 Personnel Management. Employment
Divisions: School of Business Management
Date Deposited: 23 Mar 2025 07:29
Last Modified: 23 Mar 2025 07:29
Department: School of Business Management
Name: Abdullah, Nor Azimah Chew
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11638

Actions (login required)

View Item
View Item