Ahmad Fakhrurrazy, Mohd Zin (2024) Pengaruh kepimpinan Islam dan amalan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) terhadap komitmen organisasi dalam kalangan guru di Sekolah Yayasan Islam Kelantan. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (1MB) | Request a copy
s903289_01.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (2MB) | Request a copy
s903289_02.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (928kB) | Request a copy
Abstract
Sistem Pendidikan Malaysia (PPPM, 2013-2025) perlu ditambah baik bagi meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Penerapan Kepimpinan Islam yang menekankan integriti dan kualiti berlandaskan prinsip Islam masih bergerak perlahan dan memerlukan penambahbaikan dalam pelaksanaan. Pelbagai program pembangunan Kepimpinan Islam telah dijalankan, namun isu kepimpinan Pendidikan masih wujud, termasuk cara pelantikan dan polisi yang tidak menekankan TQM. Ini menjejaskan komitmen dan kefahaman guru tentang pengurusan kualiti. Kajian ini bertujuan mengenalpasti bagaimana Kepimpinan Islam dan amalan TQM mempengaruhi komitmen organisasi dalam kalangan guru di Sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK). Soal Selidik berstruktur yang digunakan dalam kajian tinjauan secara keratan rentas ini mengandungi tiga bahagian iaitu soal selidik Kepimpinan Islam, Komitmen Organisasi dan amalan TQM. Seramai 360 guru YIK terlibat sebagai responden. Data kuantitatif analisis ujian-t, korelasi dan aplikasi SEM (Structural Equation Modeling) AMOS versi 23.0 telah digunakan untuk menganalisis factor konformatori kedua-dua pengaruh langsung dan tidak langsung antara pemboleh ubah. Dapatan menunjukkan terdapat pengaruh langsung yang signifikan antara elemen Kepimpinan Islam terhadap amalan TQM dan Komitmen Organisasi. Selain itu, amalan TQM berfungsi sebagai mediator separa yang menunjukkan peranan pengantara dan pengaruh tidak langsung yang signifikan antara elemen Kepimpinan Islam dan elemen Komitmen Organisasi. Kajian ini merupakan pengiktirafan dan merit kepada YIK ke arah meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan TQM sebagai agenda penting dalam memacu kecemerlangan pendidikan. Amalan Kepimpinan Islam dan TQM yang tinggi berperanan sebagai moderator yang signifikan, mempengaruhi komitmen organisasi dan mengelakkan brain drain melalui pengiktirafan guru. Peningkatan pengetahuan dalam TQM serta Kepimpinan Islam mengukuhkan hasrat YIK dalam pelaksanaan Pelan Strategik YIK 2021-2025. Kepimpinan Islam yang berlandaskan akidah tauhid, keadilan, syura, dan ihsan dapat meningkatkan komitmen guru. Sehubungan itu, pendekatan ini harus diberi perhatian sewajarnya dalam setiap peringkat pengurusan pendidikan
| Item Type: | Thesis (Doctoral) |
|---|---|
| Supervisor : | Othman, Mohamad Khairi |
| Item ID: | 11653 |
| Uncontrolled Keywords: | Kepimpinan Islam, Amalan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), Komitmen Organisasi, Sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK). |
| Subjects: | L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences |
| Date Deposited: | 11 May 2025 07:41 |
| Last Modified: | 11 May 2025 07:41 |
| Department: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences |
| Name: | Othman, Mohamad Khairi |
| URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11653 |

