UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Keberkesanan terapi amalan Tarekat Qodiriyah Naqsyabandiyah terhadap pembangunan psikospiritual alumni pelatih di Pondok Remaja Inabah (1) Malaysia

Abu Bakar, Ahmad Mansor (2025) Keberkesanan terapi amalan Tarekat Qodiriyah Naqsyabandiyah terhadap pembangunan psikospiritual alumni pelatih di Pondok Remaja Inabah (1) Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission.pdf] Text
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s903773_01.pdf] Text
s903773_01.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB) | Request a copy
[thumbnail of s903773_02.pdf] Text
s903773_02.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kerajaan Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha untuk menangani masalah dadah, namun isu penagihan baharu dan berulang masih terus berlaku. Pendekatan tradisional berasaskan kerohanian telah banyak dilaksanakan oleh pelbagai pihak dan terbukti berjaya mengatasi masalah ini. Antara pusat pemulihan persendirian yang berasaskan kerohanian adalah Pondok Remaja Inabah (1) Malaysia. PRI (1) Malaysia telah berjaya memulihkan ramai penagih menggunakan pendekatan terapi amalan Tarekat Qodiriyah Naqsyabandiyah (TQN). Namun, terapi TQN terhadap alumni pelatih masih belum dilaksanakan secara meluas, dan dari segi psikospiritual, keberkesanannya masih belum terbukti. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada keberkesanan terapi amalan TQN dalam pembangunan psikospiritual di kalangan alumni pelatih di PRI (1) Malaysia. Tumpuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti ajaran TQN, meneliti terapi amalan TQN yang dilaksanakan di PRI (1) Malaysia, dan menganalisis tahap keberkesanan terapi amalan TQN terhadap Pembangunan psikospiritual alumni pelatih di PRI (1) Malaysia. Kajian ini mengaplikasikan kaedah penyelidikan kualitatif yang melibatkan kajian kepustakaan, temu bual bersemuka dan tidak bersemuka, serta pemerhatian turut serta. Temu bual kajian melibatkan enam informan, termasuk panel pakar kajian dan pihak PRI (1) Malaysia, serta enam responden iaitu alumni pelatih PRI (1) Malaysia. Kaedah analisis kajian adalah berasaskan analisis tekstual dan dokumen secara induktif dan deduktif, dengan menggunakan perisian NVivo12. Hasil kajian mendapati bahawa keberkesanan terapi amalan TQN terhadap psikospiritual alumni pelatih adalah pada tahap yang sangat memuaskan, berdasarkan perubahan positif yang ketara. Terapi amalan TQN merupakan faktor dominan yang mempengaruhi keberkesanan dalam aspek psikospiritual dan pengekalan kepulihan. Terapi ini berperanan sebanyak 70% hingga 100% dalam membantu kepulihan alumni untuk berhenti menggunakan dadah. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa terapi ini merupakan salah satu kaedah yang relevan, berkesan, dan memberi impak positif dalam pemulihan penagihan dadah. Justeru, PRI (1) Malaysia wajar diberi perhatian oleh agensi kerajaan dalam menjalin kerjasama bagi pembinaan modul pemulihan berasaskan pendekatan Inabah dan TQN

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Mohd Yassin, Khairiah and Ahmad, Shukri
Item ID: 11669
Uncontrolled Keywords: Pondok Remaja Inabah (1) Malaysia, Pemulihan dadah, Psikospiritual Islam, Tarekat Qodiriyah Naqsyabandiyah, Terapi
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Date Deposited: 11 May 2025 04:39
Last Modified: 11 May 2025 04:39
Department: Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences
Name: Mohd Yassin, Khairiah and Ahmad, Shukri
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11669

Actions (login required)

View Item
View Item