Mohd Nasir, Maidin (2025) Keberkesanan etika kerja Polis DiRaja Malaysia : Kajian kes di ibu pejabat Polis Kontinjen Kedah tahun 2020-2023. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (1MB) | Request a copy
s826900_01.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (1MB) | Request a copy
s826900_02.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (649kB) | Request a copy
Abstract
Perkhidmatan awam merupakan sektor yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Penjawat awam atau penjawat awam merupakan sumber penting dalam pelaksanaan sebarang dasar kerajaan. Berdasarkan Biro Pengaduan Awam, PDRM merupakan agensi kerajaan yang kerap kali mendapat aduan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan. Tahun demi tahun PDRM sering berdepan dengan masalah pelanggaran undang-undang yang paling serius ialah pegawai dan anggota lain melakukan jenayah yang membawa kepada pendakwaan di mahkamah. Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk meninjau amalan integriti dan kualiti etika bekerja di kalangan Pegawai dan anggota Polis di IPK Kedah. Kajian ini juga ingin mengenalpasti faktor yang mempengaruhi tingkah laku etika di IPK Kedah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif deskriptif. Kaedah kajian deskriptif dipilih bagi memberikan gambaran keseluruhan tentang konteks yang berkaitan dengan penyelidikan ini. Kaedah kualitatif membolehkan penyelidik untuk memahami dengan lebih mendalam tentang pandangan, pengalaman, dan perasaan subjek kajian. Ini memberi peluang untuk menggali maklumat yang tidak dapat diperoleh melalui kaedah kuantitatif. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan di kalangan responden yang bertugas di IPK Kedah untuk memahami dan mendalami mengenai keberkesanan etika kerja khusunya di IPK Kedah. Kaedah temubual mendalam dan temubual focus berkumpulan dijalankan bagi mendapatkan data kajian ini. Dapatan kajian ini mendapati bahawa sokongan pegawai atasan, budaya kerja yang baik dan pelaksanaan kerja yang beretika secara berpasukan merupakan amalan kerja berintegriti di IPK Kedah. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa kepimpinan yang berkualiti menyumbang kepada etika kerja yang baik di IPK Kedah. Hasil kajian ini mendapati faktor-faktor seperti individu, kawalan diri,persekitaran,rakan sekerja dan disiplin diri menjadi penyumbang kepada pengamalan etika kerja terbaik di IPK Kedah. Penemuan dalam kajian ini selari dengan kewujudan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM yang ditubuhkan bagimembuktikan komitmen PDRM dalam memastikan semua anggota melaksanakan tugasdengan penuh beretika dan berintegriti. Pengamalan etika kerja yang berkualiti dan berintegriti dapat diperkasakan pada masa hadapan dengan penggunaan teknologi terkini yang membolehkan Tindakan yang diambil oleh anggota polis direkodkan melalui peralatan berteknologi yang bersepadu
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Supervisor : | Norman, Muhammad Ali Ridha and Shuib, Md Shukri |
| Item ID: | 11699 |
| Uncontrolled Keywords: | Integriti, Etika Kerja, PDRM, Kualiti |
| Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce. > HF5549-5549.5 Personnel Management. Employment |
| Divisions: | College of Law, Government and International Studies (COLGIS) |
| Date Deposited: | 02 Jul 2025 07:41 |
| Last Modified: | 02 Jul 2025 07:41 |
| Department: | Collage of Law,Government and International Studies |
| Name: | Norman, Muhammad Ali Ridha and Shuib, Md Shukri |
| URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11699 |

