UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Hubungan antara komitmen pengurusan, komitmen pengguna makmal, persepsi risiko dan tingkah laku selamat di dalam makmal universiti

Habibah, Dahali@Mat Dali (2025) Hubungan antara komitmen pengurusan, komitmen pengguna makmal, persepsi risiko dan tingkah laku selamat di dalam makmal universiti. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission.pdf] Text
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s831449_01.pdf] Text
s831449_01.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis hubungan antara komitmen pengurusan, komitmen pengguna makmal, persepsi risiko, dan tingkah laku selamat dalam kalangan pengguna makmal di sebuah universiti swasta yang terletak di Kajang, Selangor. Tingkah laku selamat dalam kajian ini merangkumi aspek pematuhan keselamatan dan penyertaan keselamatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan soal selidik sebagai instrumen utama pengumpulan data, melibatkan 138 pengguna makmal dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi menerusi perisian IBM SPSS versi 30. Dapatan kajian menunjukkan bahawa komitmen pengurusan dan komitmen pengguna makmal adalah faktor paling signifikan dalam mempengaruhi tingkah laku selamat. Ini membuktikan bahawa sokongan pengurusan yang kuat serta tahap kesedaran dan tanggungjawab pengguna makmal yang tinggi dapat meningkatkan pematuhan terhadap amalan keselamatan. Selain itu, tahap pematuhan keselamatan dan penyertaan keselamatan dalam kalangan pengguna makmal juga memainkan peranan penting dalam memastikan persekitaran makmal yang lebih selamat. Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa persepsi risiko mempunyai kesan yang lebih rendah terhadap tingkah laku selamat, berkemungkinan disebabkan oleh kurangnya pengalaman atau kesedaran pengguna dalam mengenal pasti risiko makmal. Berdasarkan dapatan ini, kajian mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan, termasuk peningkatan latihan keselamatan yang berfokus kepada pengenalpastian dan pengurusan risiko, pelaksanaan sesi latihan berkala, serta pengukuhan budaya keselamatan melalui kempen kesedaran dan pemantauan berterusan. Implikasi kajian ini bukan sahaja dapat memperkayakan ilmu berkaitan pengurusan keselamatan makmal tetapi juga dapat dijadikan rujukan dalam merangka dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang lebih berkesan. Kajian ini juga berpotensi untuk diperluaskan ke institusi pendidikan lain bagi memastikan amalan keselamatan diterapkan secara menyeluruh dalam persekitaran akademik dan penyelidikan

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Abdullah, Khairul Hafezad and Mahmud, Luqman
Item ID: 11737
Uncontrolled Keywords: Komitmen pengurusan, komitmen pengguna makmal, persepsi risiko, tingkah laku selamat, keselamatan makmal
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD61 Risk Management
Divisions: School of Business Management
Date Deposited: 28 Jul 2025 09:03
Last Modified: 28 Jul 2025 09:03
Department: School of Business Management
Name: Abdullah, Khairul Hafezad and Mahmud, Luqman
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11737

Actions (login required)

View Item
View Item