UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pemahaman dan perlaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam kalangan guru bukan opsyen Bahasa Inggeris di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Ramalingam, Dhanapalan (2025) Pemahaman dan perlaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam kalangan guru bukan opsyen Bahasa Inggeris di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission.pdf] Text
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s903725_01.pdf] Text
s903725_01.pdf

Download (1MB)

Abstract

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) diperkenalkan dalam sistem pendidikan Malaysia untuk menyelesaikan pelbagai cabaran yang timbul daripada pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), terutamanya di sekolah rendah. PBD dilaksanakan di seluruh Malaysia untuk mengesan potensi murid secara menyeluruh serta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam aktiviti pembelajaran. Kajian lepas menunjukkan dapatan yang berbeza berkaitan dengan pelaksanaan PBD, di mana kebanyakan kajian lebih memberi tumpuan kepada aspek-aspek tertentu dalam proses pelaksanaan dan tidak mengkaji keseluruhan proses tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengeksplorasi pemahaman dan pelaksanaan PBD dalam kalangan guru bukan opsyen Bahasa Inggeris, dengan memberi tumpuan kepada cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan PBD, terutamanya berkaitan dengan penguasaan bahasa Inggeris yang terhad. Pendekatan kualitatif digunakan untuk mengumpulkan data melalui temu bual, pemerhatian bilik darjah, serta analisis dokumen yang berkaitan dengan PBD Bahasa Inggeris. Kajian ini melibatkan enam orang guru yang berpengalaman sebagai peserta. Hasil kajian mendapati bahawa peserta kajian mempunyai pemahaman yang berbeza terhadap PBD, terutamanya dalam aspek konsep, kaedah pentaksiran, penyediaan instrumen, serta pengurusan fail PBD Bahasa Inggeris. Dapatan kajian juga menyoroti cabaran penguasaan bahasa Inggeris yang rendah dalam kalangan guru dan murid, yang memberi kesan kepada pemahaman instrumen pentaksiran dan komunikasi dalam kelas. Guru-guru melaporkan kesukaran dalam memahami serta menyampaikan bahan pentaksiran dalam Bahasa Inggeris. Ini menghalang mereka daripada memberikan maklum balas yang jelas dan tepat. Selain itu, kekangan masa, kekurangan bimbingan dan rujukan, serta ketidakselarasan dalam peraturan pemarkahan merupakan masalah yang sering dihadapi dalam pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris di sekolah mereka. Kajian ini mencadangkan agar pelaksanaan PBD dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk mengelakkan ketidakadilan dalam pemarkahan. Kajian ini juga mencadangkan agar pihak pentadbiran sekolah memperbanyakkan bengkel dan kursus serta menyediakan kemudahan yang mencukupi kepada semua guru, supaya proses pentaksiran dapat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Awang, Mohd Isha
Item ID: 11825
Uncontrolled Keywords: Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Guru bukan opsyen
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Date Deposited: 08 Oct 2025 07:27
Last Modified: 08 Oct 2025 07:27
Department: Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences
Name: Awang, Mohd Isha
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11825

Actions (login required)

View Item
View Item