Wan Masitah, Wan Majid (2025) Gamified flipped classroom : Kesan terhadap kemahiran berfikir dan penglibatan pelajar matrikulasi jurusan perakaunan. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (1MB) | Request a copy
s904644_01.pdf
Restricted to Repository staff only until 18 September 2028.
Download (5MB) | Request a copy
s904644_02.pdf
Download (3MB)
Abstract
Gamified Flipped Classroom (GFC) ialah strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan motivasi, kemahiran berfikir, penglibatan serta pencapaian pelajar. Namun penyelidikan dan pelaksanaan GFC dalam bidang Perakaunan terutamanya di kolej matrikulasi masih kurang diterokai. Kekurangan tarikan serta penglibatan pelajar dalam strategi konvensional menyukarkan pelajar memahami konsep asas dan proses perakaunan keseluruhannya. Pelajar didapati sukar memahami kehendak soalan terutamanya soalan berbentuk penyelesaian masalah kerana pelajar perlu menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam mendapatkan jawapan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti Kesan GFC terhadap KBAT dan penglibatan pelajar matrikulasi jurusan Perakaunan. Seramai 32 orang pelajar Kolej Matrikulasi Perlis terlibat dalam kajian ini yang menggunakan kaedah reka bentuk kuantitatif. Kumpulan eksperimen terdiri daripada 16 orang pelajar didedahkan dengan GFC manakala 16 orang dalam Kumpulan kawalan didedahkan dengan strategi Flipped Classroom (FC). Data kuantitatif diperoleh dari pelaksanaan kuasi-eksperimen bagi mengukur tahap KBAT pelajar dan instrumen soal selidik digunakan bagi mengukur penglibatan pelajar. Analisis data kajian yang terlibat ialah analisis statistik deskriptif dan analisis inferensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa intervensi yang dijalankan bagi kedua-dua Kumpulan memberikan kesan terhadap skor KBAT dalam ujian pra dan ujian pasca pelajar. Lantaran itu, terdapat perbezaan yang signifikan skor min KBAT dalam ujian pra dan ujian pasca antara pelajar GFC dan FC. Selain itu juga, wujud perbezaan yang signifikan dalam tahap penglibatan pelajar Perakaunan yang didedahkan dengan strategi GFC dan FC. Kajian ini menyumbang kepada idea baharu, inovasi serta kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan KBAT dan penglibatan pelajar di samping mencapai matlamat PPPM 2013-2025 terutamanya dalam anjakan ke 7 dan 8. Selain itu, Rancangan Instruksional GFC yang dibangunkan dapat digunakan oleh semua pensyarah Perakaunan kolej matrikulasi seluruh Malaysia. Justeru itu, Rancangan Instruksional dan strategi GFC ini juga dapat diaplikasikan dalam subjek-subjek lain
| Item Type: | Thesis (Doctoral) |
|---|---|
| Supervisor : | Mohamad Zain, Farah and Ismail, Siti Noor |
| Item ID: | 11882 |
| Uncontrolled Keywords: | Gamified flipped classroom, Flipped classroom, KBAT, Penglibatan |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
| Divisions: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences |
| Date Deposited: | 02 Nov 2025 04:47 |
| Last Modified: | 02 Nov 2025 04:47 |
| Department: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences |
| Name: | Mohamad Zain, Farah and Ismail, Siti Noor |
| URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11882 |

