UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Menilai elemen anime eco-toon dalam memupuk kesedaran terhadap isu kemusnahan hutan: satu rangka kerja konseptual

Mohd Nidzom, Mat Noor@Abdullah (2023) Menilai elemen anime eco-toon dalam memupuk kesedaran terhadap isu kemusnahan hutan: satu rangka kerja konseptual. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission.pdf] Text
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s832366_01.pdf] Text
s832366_01.pdf
Restricted to Repository staff only until 7 September 2027.

Download (3MB) | Request a copy
[thumbnail of s832366_02.pdf] Text
s832366_02.pdf

Download (448kB)

Abstract

Kemusnahan hutan merupakan isu alam sekitar global yang mendesak, termasuk di Malaysia. Tahap kesedaran terhadap isu ini masih rendah, khususnya dalam kalangan remaja. Kajian lepas lebih tertumpu kepada pendekatan konvensional dan hiburan semata-mata, tanpa meneroka potensi kandungan anime sebagai medium kesedaran alam sekitar. Terdapat kekurangan rangka kerja tempatan yang menilai anime dari aspek mesej ekologi secara sistematik. Kajian ini bertujuan membina satu rangka kerja konseptual yang boleh dijadikan panduan dalam pemilihan kandungan animasi bagi memupuk kesedaran terhadap isu kemusnahan hutan. Kajian ini menggunakan kaedah Analisis Perbandingan Kualitatif terhadap beberapa anime yang dipilih berdasarkan tema alam sekitar dan analisis dijalankan berpandukan prinsip animasi Disney, prinsip anime Sakuga serta Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia (CTML). Rangka kerja konseptual disemak oleh lima orang pakar dari bidang berkaitan untuk menilai kesesuaian elemen dan struktur rangka kerja yang dibina. Hasil kajian menunjukkan bahawa pakar telah mengesahkan gabungan prinsip animasi Disney, prinsip Sakuga dan teori CTML dapat menghasilkan rangka kerja konseptual untuk dijadikan panduan dalam pemilihan kandungan anime eco-toon. Kajian ini menyumbang kepada wacana akademik dengan memperkenalkan rangka kerja konseptual untuk menilai anime eco-toon sebagai medium pendidikan tidak formal berkaitan kesedaran alam sekitar. Rangka kerja ini dapat dimanfaatkan oleh pendidik, pencipta kandungan dan penggubal dasar sebagai pendekatan kreatif dan relevan kepada generasi digital. Sumbangan praktikal kajian ini terletak pada penggunaan media popular seperti anime dalam menyokong agenda pemeliharaan hutan dan kelestarian ekosistem

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Yusoff, Mohd Fitri
Item ID: 11917
Uncontrolled Keywords: Anime Eco-toon, Kesedaran Alam Sekitar, Kemusnahan Hutan, Rangka Kerja Konseptual, Teori CTML
Subjects: S Agriculture > SD Forestry
Divisions: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Date Deposited: 11 Dec 2025 07:11
Last Modified: 11 Dec 2025 07:11
Department: Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences
Name: Yusoff, Mohd Fitri
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11917

Actions (login required)

View Item
View Item