Maznah, Ibrahim (2025) Pelaksanaan proses dan hasil alatan seni Creative Expressive-Bodily Maps of Emotions (CE-BME) dalam membantu isu kesihatan mental remaja. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (1MB) | Request a copy
s903739_01.pdf
Download (8MB)
Abstract
Penggunaan alatan seni kreatif dalam kaunseling dan psikoterapi masih kurang diteroka secara empirikal, khususnya dari segi proses dan hasil pelaksanaan. Kajian ini meneliti sejauh mana Creative-Expressive: Bodily Maps of Emotions (CE-BME) membantu dalam intervensi terhadap remaja, berdasarkan pengalaman Pegawai Psikologi (Kaunseling) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kajian ini meneroka dan menghuraikan proses serta hasil yang membantu dalam penggunaan alatan seni CE-BME terhadap remaja dalam kaunseling dan psikoterapi, berdasarkan perspektif Pegawai Psikologi (Kaunseling) KKM. Dapatan penyelidikan ini membentuk asas kepada pembangunan protokol cadangan penggunaan CE-BME dari aspek emosi dan strategi daya tindak dalam kalangan remaja yang mengalami isu kesihatan mental. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan fenomenologi, melibatkan 18 Pegawai Psikologi (Kaunseling) yang dipilih secara persampelan bertujuan. Temu bual separa berstruktur dijalankan terhadap pegawai yang menggunakan CE-BME bersama 19 remaja berusia 10 sehingga 19 tahun. Data diperoleh melalui protokol temu bual dan dokumen visual CE-BME, dan dianalisis menggunakan Grounded Theory Analysis (Atlas.ti 9) serta analisis kandungan. Dapatan kajian mengenal pasti momen yang membantu dan tidak membantu dalam proses serta hasil penggunaan CE-BME, merangkumi proses terapeutik, Pegawai Psikologi (Kaunseling), klien remaja, kaedah pelaksanaan, serta pengaruh keluarga dan sosial. Berdasarkan penemuan ini, satu protokol komprehensif telah dibangunkan bagi pengurusan emosi dan strategi daya tindak remaja yang berhadapan isu Kesihatan mental. Kajian ini menyumbang kepada pengembangan teori terapi seni ekspresif dan amalan kreatif berpusatkan insan dalam pemprosesan emosi melalui penggunaan CEBME. Ia turut memperkukuh aplikasi CE-BME oleh Pegawai Psikologi (Kaunseling) dalam pelbagai konteks intervensi awal berkaitan kesihatan mental remaja.
| Item Type: | Thesis (Doctoral) |
|---|---|
| Supervisor : | Abdullah, Azizah |
| Item ID: | 11938 |
| Uncontrolled Keywords: | Creative-Expressive: Bodily Maps of Emotions (CE-BME), Pegawai Psikologi (Kaunseling), kaunseling dan psikoterapi, fenomenologi, remaja |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF637 Counseling. |
| Divisions: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences |
| Date Deposited: | 21 Dec 2025 04:16 |
| Last Modified: | 21 Dec 2025 04:16 |
| Department: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences |
| Name: | Abdullah, Azizah |
| URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11938 |

