Mohd Zunaidi, Abd Ghani (2025) Kajian peranan Polis Diraja Malaysia dalam menangani kegiatan kongsi gelap dan perkaitan dengan rangkaian antarabangsa. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (330kB) | Request a copy
s832606_01.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (1MB) | Request a copy
s832606_02.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (686kB) | Request a copy
Abstract
Kebangkitan kongsi gelap di negara ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan ahli masyarakat, khususnya kerana wujudnya pengaruh rangkaian jenayah antarabangsa terhadap aktiviti kongsi gelap di Malaysia, yang telah dikenal pasti semakin canggih, tersusun dan berorientasikan keuntungan hasil kerjasama dengan sindiket luar negara. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi menilai keberkesanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras kongsi gelap di Malaysia, mengenal pasti cabaran utama yang dihadapi, serta menganalisis pengaruh perspektif perhubungan antarabangsa terhadap elemen kongsi gelap. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan informan dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Seramai 12 informan telah ditemu bual, yang mana termasuk enam pegawai PDRM, dua orang ahli kongsi gelap dan empat orang orang awam. Data ditranskrip dan dianalisis menggunakan analisis tematik. Penemuan kajian menunjukkan bahawa PDRM telah menjalankan pelbagai operasi dan strategi untuk membanteras kongsi gelap, tetapi cabaran seperti campur tangan orang kenamaan, kekurangan sumber, risiko keselamatan, dan kesukaran mendapatkan risikan yang tepat masih menjadi halangan utama. Informan kajian menekankan pentingnya kerjasama antara agensi penguatkuasaan dalam dan luar negara serta peningkatan sumber bagi meningkatkan keberkesanan operasi. Pandangan dari masyarakat menunjukkan penghargaan terhadap usaha PDRM tetapi menyoroti keperluan untuk komunikasi dan kerjasama yang lebih baik dengan masyarakat. Kajian ini menyumbang kepada penggunaan Teori Disorganisasi Sosial, Teori Ketegangan dan Teori Kawalan Sosial dalam mengenal pasti cabaran utama yang dihadapi dan melihat pengaruh perhubungan antarabangsa terhadap elemen kongsi gelap dalam meningkatkan keberkesanan PDRM dalam membanteras Kongsi gelap. Dari sudut praktikal, kajian ini mendedahkan bahawa terdapat keperluan untuk peningkatan sumber manusia dan peralatan, kerjasama yang lebih baik antara agensi, program pendidikan dan kesedaran awam yang lebih meluas dan sokongan Masyarakat dalam memastikan kejayaan usaha membanteras kongsi gelap di Malaysia. Oleh itu, kajian ini mencadangkan kajian masa depan boleh menilai kesan program Pendidikan dan kesedaran awam yang dilaksanakan oleh PDRM, menilai keberkesanan Kerjasama antara agensi penguatkuasaan undang-undang di peringkat antarabangsa serta menilai kesan penggunaan teknologi canggih dalam membanteras kongsi gelap
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Supervisor : | Yusoff, Kamarul Zaman |
| Item ID: | 11952 |
| Uncontrolled Keywords: | Kongsi Gelap, Jenayah Rentas Sempadan, PDRM, Kawalan Sempadan |
| Subjects: | H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform |
| Divisions: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences |
| Date Deposited: | 31 Dec 2025 08:49 |
| Last Modified: | 31 Dec 2025 08:49 |
| Department: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences |
| Name: | Yusoff, Kamarul Zaman |
| URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11952 |

