UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Fundamental kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Haji Abdul Razak dalam strategi pengurusan negara

Rosni, Sohar (2024) Fundamental kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Haji Abdul Razak dalam strategi pengurusan negara. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of Depositpermission_s829145.pdf] Text
Depositpermission_s829145.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (409kB) | Request a copy
[thumbnail of s829145_01.pdf] Text
s829145_01.pdf

Download (664kB)

Abstract

Dalam era persaingan geopolitik global dan persekitaran ekonomi-politik yang dinamik, tahap peralihan daripada paradigma kepimpinan transaksi kepada transformasi untuk mencapai strategi dan matlamat yang telah ditetapkan boleh diperhatikan di banyak negara. Dalam konteks ini, elemen kepimpinan sangat mempengaruhi perancangan dan pelaksanaan dasar pengurusan pentadbiran dan politik ekonomi yang berkesan dalam sesebuah negara. Tanpa kepimpinan yang berkesan, organisasi atau negara berkemungkinan tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Kepimpinan juga merupakan kualiti yang boleh menyemarakkan kerjasama dalam kalangan individual untuk mencapai visi yang diingini bersama. Di bawah kepimpinan Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang keenam (2009-2018), agenda transformasi negara diteruskan di samping perlaksanaan dasar kepimpinan yang unik untuk memastikan Malaysia terus maju ke arah matlamat yang telah ditetapkan. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka faktor-faktor yang menyumbang kepada pembentukan ciri kepimpinan Najib Razak dalam alam politik dan kepimpinan. Kajian ini juga menganalisis elemen yang berkaitan dengan strategi kepimpinan politik-ekonomi Najib Razak. Selain itu, ia mengenal pasti dan mengkaji keberhasilan model kepimpinan ekonomi-politik Najib Razak dalam mengurus negara. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mengumpul maklumat yang mendalam dan komprehensif. Kedua-dua data primer dan data sekunder telah digunakan di dalam kajian ini. Pemilihan kaedah ini membolehkan pengkaji menjalankan temu bual dengan tokoh politik dan kepimpinan utama negara, menjadikannya ‘kajian elit’ dengan akses mendalam kepada sumber maklumat utama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, semasa beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Abdul Razak mempamerkan peranan kepimpinan yang kukuh dalam mengutarakan visi yang jelas untuk pembangunan dan pengurusan ekonomi negara. Kajian ini juga memperlihatkan bahawa menerusi pentadbiran Najib Razak, pelbagai dasar dan strategi ekonomi politik-ekonomi telah dilaksanakan yang bertujuan menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan Malaysia. kepimpinan Najib Razak dalam strategi pengurusan negara mempunyai kepelbagaian dimensi yang memerlukan penelitian dan kajian, strategi politik-ekonomi yang dijana Malaysia melalui pentadbiran Najib Razak adalah sesuatu yang merupakan legasi beliau yang signifikan bagi para pengkaji untuk terus diterokai dalam pelbagai dimensi lapangan.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Osman, Nazariah and Shuib, Md Shukri
Item ID: 11964
Uncontrolled Keywords: Malaysia, Najib Razak, Kepimpinan Transformasi, Pengurusan Negara, Strategi Politik-Ekonomi.
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: Ghazali Shafie Graduate School of Government
Date Deposited: 14 Jan 2026 03:42
Last Modified: 14 Jan 2026 03:42
Department: Ghazali Shafie Graduate School of Government
Name: Osman, Nazariah and Shuib, Md Shukri
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11964

Actions (login required)

View Item
View Item