Aljneibi, Hazzaa Mohammed Saeed Hasan (2025) Social capital, crisis management readiness, and performance of service sector SMEs in United Arab Emirates: moderating role of leadership behavior. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.
Depositpermission _s905994.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (378kB) | Request a copy
s905994_01.pdf
Download (1MB)
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan modal sosial, dan kesediaan pengurusan krisis, terhadap prestasi PKS sektor perkhidmatan di Emiriah Arab Bersatu. Selain itu, peranan tingkah laku kepimpinan sebagai pembolehubah penyederhanaan juga dikaji. Keperluan untuk kajian ini muncul kerana krisis COVID-19 telah mewujudkan cabaran yang signifikan kepada PKS. Dalam usaha membangunkan rangka kerja, kajian inidisokong oleh teori Pandangan Berasaskan Sumber dan Teori Kontingensi. Pandangan Berasaskan Sumber digunakan sebagai teori asas, manakala teori kontingensi berfungsi sebagai teori sokongan. Teknik persampelan rawak mudah digunakan untuk mengumpul data., Data yang telah dikumpul pada mulanya dianalisa tahap kebolehpercayaan dan kesahan. Setelah disahkan kebolehpercayaan dan kesahan, analisa pemodelan persamaan struktur telah digunakan menggunakan perisian Smart PLS-3. Penemuan kajian mengesahkan bahawa modal sosial dan kesediaan pengurusan krisis mempunyai kesan yang besar terhadap prestasi PKS sektor perkhidmatan. Selain itu, tingkah laku kepimpinan menyederhanakan dengan signifikan hubungan di antara modal sosial dan prestasi, serta di antara kesediaan pengurusan krisis dan prestasi PKS sektor perkhidmatan. Oleh itu, semua hipotesis telah disokong. Integrasi Teori Pandangan Berasaskan Sumber dan Teori Kontingensi jugamembentuk sumbangan utama dan kepentingan teori kajian. Penemuan kajian ini sangat berharga terutamanya kepada penggubal dasar, serta pengurus dan pemilik PKS kerana ia memberikan panduan tentang faktorfaktor yang perlu diberikan lebih perhatian dalam usaha untuk mencapai prestasi yang lebih baik, terutamanya semasa krisis. Akhir sekali, batasan kajian ini juga dibincangkan, dengan memberi tumpuan kepada batasan yang wujud apabila kajian ini hanya menumpukan kepada PKS dalam sektor perkhidmatan sahaja.
| Item Type: | Thesis (Doctoral) |
|---|---|
| Supervisor : | Ooi Shir, May |
| Item ID: | 11969 |
| Uncontrolled Keywords: | Kesediaan Pengurusan Krisis, Tingkah Laku |Kepimpinan, Prestasi PKS, Modal Sosial |
| Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce. > HF5001-6182 Business |
| Divisions: | Ghazali Shafie Graduate School of Government |
| Date Deposited: | 14 Jan 2026 06:33 |
| Last Modified: | 14 Jan 2026 06:33 |
| Department: | Ghazali Shafie Graduate School of Government |
| Name: | Ooi Shir, May |
| URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11969 |

