UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kepelbagaian budaya sebagai mediator antara kesejahteraan subjektif dan faktor tekanan dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling di negeri Sabah

Stanley Tulis, Missun (2025) Kepelbagaian budaya sebagai mediator antara kesejahteraan subjektif dan faktor tekanan dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling di negeri Sabah. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission.pdf] Text
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s905870_01.pdf] Text
s905870_01.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (2MB) | Request a copy
[thumbnail of s905870_02.pdf] Text
s905870_02.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (775kB) | Request a copy

Abstract

Guru bimbingan dan kaunseling perlu diiktiraf dan dihargai namun begitu kesejahteraan subjektif masih kurang diberi perhatian. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesejahteraan subjektif iaitu kepuasan hidup, emosi positif dan emosi negatif dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling. Kajian ini mengenal pasti hubungan antara kesejahteraan subjektif terhadap kepelbagaian budaya dan faktor tekanan individu dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling, mengenal pasti hubungan antara kepelbagaian budaya dan faktor tekanan individu. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti peranan kepelbagaian budaya sebagai mediator antara kesejahteraan subjektif dan faktor tekanan individu. Reka bentuk kajian rentas menggunakan kaedah kuantitatif melalui soal selidik yang diedarkan kepada 232 sampel yang terdiri daripada guru bimbingan dan kaunseling di Negeri Sabah. Dalam kajian ini, kaedah persampelan data menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepuasan hidup, emosi positif dan emosi negatif mempunyai hubungan dengan kepelbagaian budaya. Kepelbagaian budaya didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan konflik peranan dan peranan berlebihan, namun tiada hubungan dengan kekaburan peranan. Hubungan antara kepuasan hidup dengan konflik peranan, emosi positif, peranan berlebihan dan kekaburan peranan didapati tidak signifikan. Emosi positif tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan konflik peranan, namun menunjukkan hubungan signifikan dengan peranan berlebihan dan kekaburan peranan. Sebaliknya, emosi negatif menunjukkan hubungan signifikan dengan konflik peranan, tetapi tidak signifikan dengan peranan berlebihan dan kekaburan peranan. Selain itu, kepelbagaian budaya berperanan sebagai mediator dalam hubungan antara kepuasan hidup dengan konflik peranan dan peranan berlebihan. Kepelbagaian budaya turut memainkan peranan sebagai mediator dalam hubungan antara emosi positif dengan konflik peranan dan peranan berlebihan. Akhir sekali, kepelbagaian budaya juga bertindak sebagai mediator dalam hubungan antara emosi negatif dengan konflik peranan dan peranan berlebihan. Implikasi kajian ini menyarankan penstrukturan dan penambahbaikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah harian biasa, Kementerian Pendidikan Malaysia

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Omar, Zainudin and Abdullah, Azizah
Item ID: 12019
Uncontrolled Keywords: Faktor tekanan individu, kesejahteraan subjektif, kepelbagaian budaya, guru bimbingan dan kaunseling
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Divisions: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Date Deposited: 25 Feb 2026 08:34
Last Modified: 25 Feb 2026 08:34
Department: Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences
Name: Omar, Zainudin and Abdullah, Azizah
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/12019

Actions (login required)

View Item
View Item