UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Peranan identiti profesional sebagai mediator dalam hubungan kepimpinan digital dengan kualiti program pendidikan Universiti Awam di Malaysia

Wan Rosni, Wan Yakob@Wan Yaacob (2025) Peranan identiti profesional sebagai mediator dalam hubungan kepimpinan digital dengan kualiti program pendidikan Universiti Awam di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission.pdf] Text
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s905714_01.pdf] Text
s905714_01.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB) | Request a copy
[thumbnail of s905714_02.pdf] Text
s905714_02.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Kepimpinan digital ialah keupayaan pemimpin memanfaatkan teknologi untuk memperkukuh PdP, membentuk identiti profesional, serta meningkatkan kualiti program pendidikan. Walau bagaimanapun, jurang digital, keterbatasan kompetensi kepimpinan, kekaburan identiti profesional akibat pelbagai peranan, dan ketidakselarasan integrasi teknologi digital ke dalam kurikulum menjadi cabaran dalam usaha mempertingkatkan kualiti pendidikan. Kajian ini meneliti peranan identity profesional sebagai mediator dalam hubungan kepimpinan digital dan kualiti program pendidikan Universiti Awam (UA) di Malaysia. Reka bentuk kuantitatif digunakan melibatkan 476 pelajar ISMP daripada empat UA melalui persampelan rawak mudah. Data dikumpul menggunakan soal selidik bagi mengukur kepimpinan digital, identity profesional, dan kualiti program pendidikan. Analisis dijalankan menggunakan Ujiant Sampel Bebas dan ANOVA Satu Hala dengan SPSS versi 28, manakala SEM-AMOS versi 24 digunakan bagi menilai hubungan, pengaruh, dan kesan mediasi. Dapatan menunjukkan korelasi positif yang signifikan antara kepimpinan digital dengan identity profesional (r = 0.69, p < 0.001) dan kualiti program (r = 0.86, p < 0.001), serta antara identiti profesional dengan kualiti program (r = 0.93, p < 0.001). Analisis regresi membuktikan kepimpinan digital mempengaruhi identiti profesional (β = 0.81, p < 0.001) dan kualiti program (β = 0.96, p < 0.001), manakala identiti profesional turut memberi pengaruh signifikan terhadap kualiti program (β = 0.78, p < 0.001). Analisis mediasi mengesahkan bahawa identiti profesional sebagai mediator separa, dengan kepimpinan digital memberi kesan langsung (β = 0.414, p < 0.001) dan kesan tidak langsung terhadap kualiti program (β = 0.445, p < 0.001). Kesimpulannya, kepimpinan digital yang berkesan dan identiti profesional yang mantap penting dalam memperkukuh kualiti program pendidikan. Hasil kajian ini memberi pandangan praktikal kepada pihak pembuat dasar pendidikan tinggi dalam merangka dasar digital yang menyokong peningkatan kualiti pendidikan secara mampan

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Mohd Yaakob, Mohd Faiz and Nazrin, Marina
Item ID: 12027
Uncontrolled Keywords: Kepimpinan digital, Identiti profesional, Kualiti program pendidikan, Universiti Awam (UA).
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Date Deposited: 01 Mar 2026 07:43
Last Modified: 01 Mar 2026 07:43
Department: Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences
Name: Mohd Yaakob, Mohd Faiz and Nazrin, Marina
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/12027

Actions (login required)

View Item
View Item