Nor Asikin, Mohamad (2025) Pengaruh kepimpinan teknologi dan kompetensi ICT terhadap amalan pengintegrasian ICT dalam kalangan pemimpin sekolah menengah di negeri Kelantan. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (796kB) | Request a copy
s902387_01.pdf
Download (3MB)
Abstract
Kementerian Pendidikan Malaysia komited dalam memastikan pemimpin sekolah menguasai kemahiran teknologi maklumat dan pengintegrasian ICT bagi meningkatkan kualiti sistem pendidikan. Namun, pelaksanaan amalan pengintegrasian ICT di sekolah berlaku pada kadar yang perlahan. Keadaan ini menuntut perhatian serius terutama dari aspek kemahiran kepimpinan teknologi dan kompetensi ICT pemimpin sekolah bagi menyokong pelaksanaan pengintegrasian ICT yang efektif di sekolah. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pengaruh kepimpinan teknologi dan kompetensi ICT terhadap integrasi ICT dalam kalangan pemimpin sekolah. Selain itu, pengaruh kompetensi ICT sebagai pemboleh ubah mediator terhadap hubungan antara kepimpinan teknologi dan pengintegrasian ICT juga turut diteliti. Kajian ini menggunakan pendekatan keratan rentas menggunakan soal selidik berkaitan kepimpinan teknologi, kompetensi ICT dan integrasi ICT bagi mengumpul data kajian. Seramai 345 orang sampel yang terdiri daripada pemimpin pertengahan sekolah di Negeri Kelantan terlibat sebagai responden kajian. Data kuantitatif dianalisis dengan statistik ujian-t dan ANOVA sehala dan Model Persamaan Berstruktur (SEM) menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences ) dan AMOS (Analysis of Moment Structures). Hasil kajian menunjukkan kepimpinan teknologi dan kompetensi ICT mempengaruhi amalan pengintegrasian ICT dalam kalangan pemimpin sekolah di Kelantan. Dimensi kepimpinan teknologi dan kompetensi ICT pemimpin sekolah juga mempunyai Kesan kausal terhadap integrasi ICT pemimpin sekolah. Hasil kajian juga mendapati kompetensi ICT bertindak sebagai perantara terhadap hubungan antara kepimpinan teknologi dan integrasi ICT pemimpin sekolah. Hasil kajian ini telah menyumbang kepada perkembangan teori kepimpinan teknologi, kompetensi ICT dan integrasi ICT dalam memperkasa budaya teknologi digital di institusi pendidikan. Kajian ini mencadangkan bahawa bagi memastikan integrasi ICT dapat dipertingkatkan, aspek kepimpinan teknologi dan kompetensi ICT dalam kalangan pemimpin sekolah perlu diberikan perhatian oleh pihak yang berkaitan. Justeru, peningkatan tahap kepimpinan teknologi, kompetensi ICT dan integrasi ICT membantu meningkatkan kualiti Pendidikan negara
| Item Type: | Thesis (Doctoral) |
|---|---|
| Supervisor : | Mohamad, Mua'azam |
| Item ID: | 12032 |
| Uncontrolled Keywords: | Pemimpin Sekolah, Sekolah Menengah, Kepimpinan Teknologi, Kompetensi ICT, Integrasi ICT. |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
| Divisions: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences |
| Date Deposited: | 01 Mar 2026 08:27 |
| Last Modified: | 01 Mar 2026 08:27 |
| Department: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences |
| Name: | Mohamad, Mua'azam |
| URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/12032 |

