UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Keunggulan novel sejarah terpilih berdasarkan teori teksdealisme

Mohd Haniff, Mohammad Yusoff (2025) Keunggulan novel sejarah terpilih berdasarkan teori teksdealisme. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

Rights: Open Access
[thumbnail of s901412_01.pdf]
Text
s901412_01.pdf

Download (1MB)

Abstract

Novel berunsur memerlukan kreativiti pengarang dalam menaakul peristiwa Sejarah dan mengeksploitasinya untuk menghasilkan karya baharu yang berasaskan kreativiti mereka. Keunggulan sesebuah teks novel sejarah bergantung pada sejauh mana pengarang mampu ‘mensejarahkan fiksyen’, iaitu dengan mengadunkan unsur Sejarah dan fiksyen sehingga terhasil sebuah karya yang berteraskan realiti yang kukuh. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian lepas lebih menumpukan perhatian kepada keunggulan pengarang dalam proses penghasilan karya kreatif, terutamanya Tindakan dan pendekatan yang diambil oleh pengarang. Sebaliknya, kajian yang memberi tumpuan khusus terhadap keunggulan teks itu sendiri, berasaskan prinsip tertentu dalam teori sastera, masih kurang diterokai. Justeru, kajian ini berusaha memperlihatkan keunggulan teks sejarah berdasarkan teori Teksdealisme bagi menjelaskan keistimewaan sesebuah teks sejarah. Kajian ini menyasarkan tiga objektif utama, iaitu: i) mengenal pasti elemen keunggulan teks yang terdiri daripada prinsip kehadiran dan prinsip pelanggaran dalam novel sejarah terpilih berdasarkan teori Teksdealisme, ii) menganalisis elemen keunggulan teks yang terdiri daripada prinsip kehadiran dan prinsip pelanggaran dalam novel sejarah terpilih berdasarkan teori yang sama, dan iii) merumuskan penerapan elemen keunggulan teks yang meliputi prinsip kehadiran dan prinsip pelanggaran dalam novel sejarah terpilih berpandukan teori Teksdealisme. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis novel karya Affifuddin Omar, iaitu Tun Tuah (2016) dan Tun Perak (2017), serta novel karya Faisal Tehrani, iaitu 1515 (2003) dan Nama Beta Sultan Alauddin (2007) sebagai data kajian. Analisis ini berpandukan Sejarah Melayu, edisi Shellabear (2016), dan Hikayat Hang Tuah, edisi Kassim Ahmad (2017), sebagai teks hipogram. Teori Teksdealisme digunakan bagi memperlihatkan keunggulan teks, dan kajian ini dihadkan kepada dua prinsip utama sahaja, iaitu prinsip kehadiran dan prinsip pelanggaran. Hasil kajian memperlihatkan bahawa pengarang novel Sejarah menerapkan elemen keunggulan teks, khususnya prinsip kehadiran dan prinsip pelanggaran, dalam pembinaan naratif novel sejarah. Tuntasnya, penghasilan novel sejarah menuntut kebijaksanaan dan kreativiti pengarang dalam menyaring bahan sejarah sebagai sumber pengkaryaan, sekali gus menyerlahkan keunggulan teks dalam novel sejarah.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Md Ali, Rohaya and Awang Deng, Phat
Item ID: 12050
Uncontrolled Keywords: Keunggulan teks, Novel sejarah, Teksdealisme, Prinsip Kehadiran, Prinsip Pelanggaran
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z004 Books. Writing. Paleography
Divisions: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Date Deposited: 08 Mar 2026 08:38
Last Modified: 08 Mar 2026 08:38
Department: Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences
Name: Md Ali, Rohaya and Awang Deng, Phat
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/12050

Actions (login required)

View Item
View Item