Nor Zamza Zuraidah, Mohd Najib (2025) Model kemahiran keusahawanan kreatif bagi perusahaan batik di Daerah Pendang. Kedah. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.
Abstract
Perkembangan ekonomi luar bandar melalui industri kreatif, khususnya perusahaan batik sebagai industri warisan, mempunyai potensi signifikan dalam meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan komuniti luar bandar. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kreatif masih di tahap rendah dan ini menjadi kekangan yang membataskan pertumbuhan, daya saing, serta kelestarian perusahaan batik luar bandar. Selain itu, ia dikenal pasti bahawa terdapat kekurangan kajian dalam keusahawanan kreatif, terutamanya dalam perusahaan batik luar bandar. Kajian ini bertujuan untuk membina Model Kemahiran Keusahawanan Kreatif bagi perusahaan batik luar bandar dengan berlandaskan Teori Modal Insan dan Teori Keusahawanan Sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran yang melibatkan pengumpulan data melalui soal selidik terhadap 83 orang peserta serta temu bual dengan sembilan orang peserta daripada komuniti daerah Pendang. Tujuh faktor telah dikenalpasti dan digunakan untuk membentuk Model Kemahiran Keusahawanan Kreatif: (i) kemahiran kreatif, (ii) kemahiran vokasional, (iii) Kemahiran keusahawanan, (iv) kolaborasi akademia-industri, (v) pengiktirafan agensi, (vi) persekitaran semula jadi, dan (vii) persekitaran ekonomi. Berdasarkan model ini, enam modul berkaitan keusahawanan batik telah dibangunkan dan diuji keberkesanannya terhadap kemahiran keusahawanan kreatif melalui ujian pra dan ujian pasca. Dapatan kajian menunjukkan berlakunya peningkatan yang signifikan dalam tahap Kemahiran keusahawanan kreatif dalam kalangan komuniti luar bandar. Penemuan ini mengesahkan bahawa model yang dilaksanakan mampu memperkukuhkan kemahiran dalam bidang keusahawanan kreatif. Kesimpulannya, model yang dibangunkan berupaya menyumbang secara signifikan kepada penambahbaikan dasar pembangunan luar bandar, memperkaya pembangunan modul latihan keusahawanan kreatif yang kontekstual, serta memperkukuh sinergi kerjasama strategik antara agensi, akademia dan komuniti
| Item Type: | Thesis (Doctoral) |
|---|---|
| Supervisor : | Alwi, Asmidah and Ismail, Adzrool Idzwan |
| Item ID: | 12334 |
| Uncontrolled Keywords: | Kemahiran Kreatif; Keusahawanan Sosial; Industri Batik; Modal Insan; Pembangunan Komuniti Luar Bandar |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD56-57.5 Industrial Productivity |
| Divisions: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences |
| Date Deposited: | 29 Oct 2026 07:17 |
| Last Modified: | 29 Oct 2026 07:17 |
| Department: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences |
| Name: | Alwi, Asmidah and Ismail, Adzrool Idzwan |
| URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/12334 |

