UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Peranan aktor subnasional dalam kawalan sempadan darat Malaysia : Kajian kes Sarawak

Nurul Huda, Marwan (2025) Peranan aktor subnasional dalam kawalan sempadan darat Malaysia : Kajian kes Sarawak. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

Rights: Restricted
[thumbnail of Fulltext]
Text (Fulltext)
s903854_01.pdf
Restricted to Repository staff only

Request a copy
Access Restriction Notice
Full text access is restricted by the author.
Click Request a copy to contact the author by email.
Access is subject to the author's approval.
A hardcopy is available at the Special Collection Counter.
[thumbnail of Limited pages]
Text (Limited pages)
s903854_02.pdf
Restricted to Repository staff only

Request a copy
Access Restriction Notice
Full text access is restricted by the author.
Click Request a copy to contact the author by email.
Access is subject to the author's approval.
A hardcopy is available at the Special Collection Counter.

Abstract

Tesis ini meneroka dinamika kawalan sempadan darat di Sarawak, Malaysia, di mana aktor subnasional memainkan peranan yang semakin menonjol walaupun urusan keselamatan dan sempadan terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan. Berasaskan Teori Hubungan Persekutuan-Negeri, kajian ini menilai bagaimana Sarawak bertindak balas terhadap pelbagai cabaran rentas sempadan seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia, dan pergantungan sosio-ekonomi antara komuniti sempadan. Melalui pendekatan kualitatif, kajian ini melibatkan temu bual mendalam bersama pegawai kerajaan persekutuan dan negeri serta pemerhatian lapangan di kawasan sempadan. Dapatan menunjukkan Sarawak bertindak secara proaktif dalam pengurusan sempadan darat disebabkan faktor-faktor utama seperti kedekatan geografi dengan Kalimantan, keperluan mengekang jenayah rentas sempadan, serta kerentanan sosio-ekonomi komuniti sempadan. Dari segi dalaman, Sarawak membantu agensi penguatkuasaan persekutuan seperti PGA dan ATM melalui peruntukan kewangan yang besar, pembinaan pos kawalan sementara, dan sokongan logistik untuk rondaan. Dari sudut luaran, Sarawak terlibat aktif dalam kerjasama paradiplomatik menerusi Sosek Malindo, menjalin hubungan dua hala dengan Kalimantan dalam aspek keselamatan dan pembangunan. Namun, peranan ini berlaku dalam ruang undangundang yang samar, menimbulkan persoalan terhadap batas perlembagaan. Kajian ini mendapati bahawa penglibatan Sarawak mencerminkan model “autonomi koperatif” yang bertindak sebagai rakan strategik kepada kerajaan persekutuan, bukannya pencabar. Merujuk kepada kes perbandingan seperti Quebec, Baden-Württemberg dan beberapa negeri di Brazil, kajian ini menunjukkan bahawa paradiplomasi Sarawak sejajar dengan trend global di mana kerajaan subnasional turut melangkaui sempadan untuk memenuhi keperluan lokal. Akhirnya, tesis ini menyumbang kepada pemahaman tentang penglibatan subnasional dalam tadbir urus sempadan dalam sistem persekutuan berpusat, dan menawarkan implikasi teori serta dasar dalam menyeimbangkan kedaulatan negara dengan keperluan responsif wilayah terhadap ancaman rentas sempadan.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Shukri, Shazwanis and Abdullah, Kamarul Nizam
Item ID: 12363
Uncontrolled Keywords: Aktor subnasional, Kawalan sempadan, Hubungan persekutuannegeri, Kerjasama rentas sempadan
Subjects: J Political Science > JS Local government Municipal government
Divisions: College of Law, Government and International Studies (COLGIS)
Date Deposited: 25 Nov 2026 01:39
Last Modified: 25 Nov 2026 01:39
Department: College of Law, Government and International Studies
Name: Shukri, Shazwanis and Abdullah, Kamarul Nizam
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/12363

Actions (login required)

View Item
View Item