Nur Zahirah, Zolkefli (2026) Peranan dan kesediaan ketua komuniti dalam pengurusan bencana banjir pembinaan model kepimpinan berasaskan komuniti di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.
Abstract
Bencana banjir merupakan ancaman alam sekitar yang paling kerap melanda Malaysia dan memberi kesan besar terhadap kesejahteraan komuniti. Ketua komuniti, khususnya Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) berperanan penting sebagai penghubung antara kerajaan dan masyarakat dalam semua fasa pengurusan bencana. Namun, tahap kesediaan mereka serta cabaran yang dihadapi masih belum difahami sepenuhnya. Kajian ini bertujuan untuk (i) menilai tahap kesediaan ketua komuniti dari aspek pengetahuan, tingkah laku, kemahiran dan aspirasi dalam pengurusan banjir, (ii) mengenal pasti cabaran utama yang dihadapi dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, dan (iii) mencadangkan model kepimpinan komuniti yang sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan bencana banjir. Kajian ini melibatkan 169 responden daripada empat daerah berisiko Segamat (Johor). Data dikumpulkan melalui soal selidik dan temu bual, kemudian dianalisis menggunakan statistik deskriptif serta korelasi Spearman. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketua komuniti di Kedah memiliki tahap kesediaan yang tinggi berbanding dengan negeri lain, manakala responden secara kolektifnya bersetuju bahawa kekangan sumber, kelemahan komunikasi serta kurangnya latihan khusus merupakan cabaran utama dalam pengurusan banjir. Kajian ini turut mencadangkan amalan terbaik untuk model kepimpinan komuniti yang menekankan pendekatan berasaskan latihan berterusan, kolaborasi pelbagai pihak serta pengukuhan pengurusan risiko di peringkat akar umbi. Implikasi kajian ini memberi sumbangan kepada dasar, teori dan amalan khususnya dalam memperkukuh peranan ketua komuniti sebagai barisan hadapan pengurusan bencana banjir di Malaysia. Berdasarkan data empirical dan sokongan Teori Kepimpinan Transformasi dan Teori Kepimpinan Kompetensi, kajian ini mencadangkan satu Model Kepimpinan Berintegrasi Pengurusan Bencana Banjir Berasaskan Komuniti yang menyumbang kepada pengayaan teori kepimpinanbencana danmemperkukuhkan dasar pengurusan risiko bencana di peringkat komuniti di Malaysia
| Item Type: | Thesis (Doctoral) |
|---|---|
| Supervisor : | Md Zain, Zainal and Ramli, Rosfaraliza |
| Item ID: | 12365 |
| Uncontrolled Keywords: | Ketua komuniti, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, Pengurusan bencana banjir, Kesiapsiagaan, Cabaran |
| Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GF Human ecology. Anthropogeography |
| Divisions: | College of Law, Government and International Studies (COLGIS) |
| Date Deposited: | 25 Nov 2026 02:20 |
| Last Modified: | 25 Nov 2026 02:20 |
| Department: | College of Law, Government and International Studies |
| Name: | Md Zain, Zainal and Ramli, Rosfaraliza |
| URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/12365 |

