Abd Razak, Minhat (2016) Kesan tadbir urus korporat, tanggungjawab sosial korporat dan modal intelek ke atas prestasi syarikat tersenarai di Malaysia. DBA thesis, Universiti Utara Malaysia.
![[thumbnail of depositpermission_s93509.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
depositpermission_s93509.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (170kB) | Request a copy
s93509_01.pdf
Download (2MB) | Preview
s93509_02.pdf
Download (1MB) | Preview
Abstract
Tanggungjawab sosial korporat dan tadbir urus korporat adalah penting di dalam meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan integriti perniagaan. Modal intelek pula penting sebagai salah satu punca kekayaan ekonomi sesebuah syarikat. Oleh itu ia perlu diberi perhatian yang serius apabila merangka strategi syarikat. Tadbir urus korporat, tanggungjawab sosial korporat dan modal intelek dianggap sebagai sebahagian daripada strategi pengurusan untuk meningkatkan prestasi dan nilai syarikat. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji kesan tadbir urus korporat, tanggungjawab sosial korporat dan modal intelek terhadap prestasi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Prestasi syarikat diukur berdasarkan kepada pulangan atas aset dan pulangan atas ekuiti. Kajian kuantitatif ini mengggunakan data sekundar sebagai alat kajian. Data diperolehi daripada Laporan Tahunan Syarikat terpilih bagi tahun
2014. Sebanyak 140 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia telah dipilih untuk dikaji. Syarikat dipilih berdasarkan sektor perniagaan. Hanya syarikat perlombongan dan pelaburan harta tanah dikecualikan. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi, seperti analisis korelasi pearson dan ujian regressi berganda. Dapatan kajian menunjukkan nisbah pengarah bebas dan dualiti menyumbang secara signifikan kepada ROA dan ROE. Modal intelek turut memberi kesan signfikan kepada ROA dan ROE. Akhir sekali, kajian mendapati bahawa tadbir urus korporat, tanggungjawab sosial korporat dan modal intelek menerangkan sehingga 20 peratus kepada ROA dan 69 peratus kepada ROE. Dapatan kajian turut menyokong Teori Agensi dan Teori Berasaskan Sumber yang penting dalam penyelidikan prestasi syarikat. Dari segi praktikal, kajian ini menunjukkan kepentingan Pengarah Bebas dalam Lembaga Pengarah. Selain daripada itu, kajian turut mencadangkan syarikat untuk mendedahkan tanggungjawab sosial korporat yang boleh meningkatkan imej dan prestasi syarikat. Akhir sekali, kajian ini turut memberi implikasi yang penting kepada akademik
Item Type: | Thesis (DBA) |
---|---|
Supervisor : | Fadzil, Faudziah and Syed Ismail, Syed Soffian |
Item ID: | 6769 |
Uncontrolled Keywords: | Prestasi Syarikat, Tadbir Urus Korporat, Tanggungjawab Sosial Korporat, Modal Intelek, Bursa Malaysia |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD2709-2930.7 Corporations |
Divisions: | Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business |
Date Deposited: | 28 May 2018 07:42 |
Last Modified: | 28 May 2018 07:42 |
Department: | Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business |
Name: | Fadzil, Faudziah and Syed Ismail, Syed Soffian |
URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/6769 |