UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kajian kesan penggunaan media sosial terhadap pelajar Universiti Utara Malaysia

Asmawiza, Hussin (2018) Kajian kesan penggunaan media sosial terhadap pelajar Universiti Utara Malaysia. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of s818169_01.pdf] Text
s818169_01.pdf
Restricted to Repository staff only until 30 June 2021.

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s818169_02.pdf] Text
s818169_02.pdf

Download (931kB)
[thumbnail of s818169_references.docx] Text
s818169_references.docx

Download (85kB)

Abstract

Teknologi maklumat dan komunikasi semakin berkembang dengan adanya pelbagai aplikasi berasaskan internet dan menerusinya satu teknologi baru telah dicipta untuk merevolusikan corak komunikasi manusia serta gaya berinteraksi dalam kehidupan seharian.Kini terdapat
berjuta-juta manusia berdaftar dan berhubung menerusi laman media sosial seluruh dunia. Fenomenon global jaringan sosial dalam talian telah memberi impak kepada pengguna
Internet di Malaysia. Atas kredibiliti dan kemampuannya yang menyediakan dan membolehkan sistem komunikasi dalam kalangan pengguna tanpa sempadan dan penyebaran
maklumat secara global, laman jaringan media sosial kini telah digunakan dengan meluas oleh pelbagai kumpulan pengguna dan antara yang terkesan dengan penggunaannya adalah
golongan pelajar.Media sosial kinitelah menjadi platform baru bagi pelajar untuk menyatakan diri mereka sendiri dan berkongsi maklumat yang berkaitan dengan aktiviti harian mereka.Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan penggunaan media sosial dan hubungannya dengan pelajar Universiti Utara Malaysia. Sampel bagi kajian
ini terdiri dari 126 orang pelajar daripada pelbagai bidang, berbeza etnik dan bangsa yang mengikuti pengajian sepenuh masa di Universiti Utara Malaysia, Kedah. Borang soal selidik
telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti kesan penggunaan media sosial terhadap pelajar Universiti Utara Malaysia. Kesimpulannya,
pelajar di Universiti Utara Malaysia boleh manfaatkan penggunaan mediasosial dalam segala aspek kehidupan mereka sebagai pelajar atau generasi muda secara bebas kerana fasiliti teknologi maklumat iaitu WIFI boleh diakses di mana sahaja persekitaran kampus ini secara percuma.Namun begitu, penggunaan media sosial boleh membawa banyak kebaikan jika dimanfaatkan dan memberi implikasi negatif jika salah penggunaannya.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Bohari, Abdul Manaf
Item ID: 8305
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T58.5-58.64 Information technology
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: School of Business Management
Date Deposited: 01 Jun 2021 23:08
Last Modified: 01 Jun 2021 23:08
Department: School of Business Management
Name: Bohari, Abdul Manaf
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/8305

Actions (login required)

View Item
View Item