UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kajian ke atas hubungan sumber tidak ketara organisasi dengan prestasi dalam kalangan koperasi di semenanjung Malaysia

Khairunnisak, Ahmad Shakir (2017) Kajian ke atas hubungan sumber tidak ketara organisasi dengan prestasi dalam kalangan koperasi di semenanjung Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of s95014_01.pdf] Text
s95014_01.pdf

Download (3MB)
[thumbnail of s95014_02.pdf] Text
s95014_02.pdf

Download (1MB)
[thumbnail of s95014_rujukan.docx] Text
s95014_rujukan.docx

Download (107kB)

Abstract

Koperasi adalah sektor yang menjadi penyumbang ketiga terbesar kepada ekonomi negara. Perolehan sektor koperasi pada tahun 2016 adalah sebanyak RM33.5 bilion dan ia dijangka akan menjadi sukar mencapai sasaran kerajaan sebanyak RM50 bilion atau 10% daripada KDNK pada tahun 2020. Kegagalan untuk mencapai sasaran ini disebabkan prestasi yang lemah. Kajian ini berusaha untuk mengkaji faktor-faktor yang dapat meningkatkan prestasi koperasi. Berdasarkan teori Resource Based View (RBV), sumber organisasi adalah asas kepada penghasilan prestasi organisasi. Hasil sorotan karya, sumber-sumber tidak ketara seperti modal insan, orientasi keusahawanan, reputasi dan jaringan perniagaan mungkin mempunyai hubungan yang positif dengan prestasi koperasi. Kajian ini turut mengandaikan bahawa persekitaran luar perniagaan boleh menyederhanakan hubungan antara sumber-sumber organisasi dengan prestasi koperasi. Kajian telah dijalankan ke atas 10,557 koperasi di Semenanjung Malaysia dengan tujuan untuk mengesahkan andaian tersebut. Satu set soal selidik telah dibangunkan untuk tujuan pengumpulan data. Saiz sampel kajian adalah sebanyak 370 dan 1,230 buah koperasi telah dihubungi melalui pos. Ahli Lembaga Koperasi adalah responden kajian dan kajian ini telah menerima 154 maklum balas daripada pihak responden. Namun begitu, hanya 135 maklum balas sahaja yang boleh digunakan untuk penganalisaan data. Kajian ini mendapati bahawa sumber-sumber organisasi seperti modal insan, orientasi keusahawanan, reputasi dan jaringan perniagaan mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan prestasi koperasi. Berdasarkan analisis regresi berganda pula, kajian mendapati bahawa semua pemboleh ubah bebas menyumbang sebanyak 34.3% kepada prestasi koperasi. Modal insan dan reputasi didapati memberi pengaruh yang signifikan ke atas prestasi koperasi. Kajian ini turut mendapati bahawa persekitaran luar perniagaan menyederhana secara signifikan, tetapi bersifat negatif ke atas hubungan antara modal insan dan jaringan perniagaan dengan prestasi koperasi. Akhir sekali, implikasi dapatan kajian, batasan dan cadangan untuk kajian pada masa hadapan turut dibincangkan.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Ismail, Mohd Azril and Bakar, Muhammad Shukri
Item ID: 9386
Uncontrolled Keywords: modal insan, orientasi keusahawanan, reputasi, jaringan perniagaan, persekitaran luar perniagaan dan prestasi koperasi
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce. > HF5001-6182 Business
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Date Deposited: 22 May 2022 01:20
Last Modified: 22 May 2022 01:20
Department: College of Business
Name: Ismail, Mohd Azril and Bakar, Muhammad Shukri
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/9386

Actions (login required)

View Item
View Item