UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kajian penggunaan media sosial dalam kalangan belia UMNO luar bandar PRU13: Kajian kes di Dun kampung Gajah, Perak

Azmi, Abdul Malek (2018) Kajian penggunaan media sosial dalam kalangan belia UMNO luar bandar PRU13: Kajian kes di Dun kampung Gajah, Perak. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of s902767_01.pdf] Text
s902767_01.pdf

Download (5MB)
[thumbnail of s902767_02.pdf] Text
s902767_02.pdf

Download (5MB)
[thumbnail of s902767_bibliografi.docx] Text
s902767_bibliografi.docx

Download (168kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan media sosial (MS) dalam kalangan belia UMNO luar bandar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Gajah, Perak dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13). Permasalahan kajian ini ialah untuk mengkaji apakah pola dan faktor penggunaan MS di kalangan pengundi muda UMNO di samping mengkaji sejauh manakah keberkesanan penggunaan MS telah membantu dan mempengaruhi golongan belia di kawasan berkenaan. Ia juga bertujuan menilai sejauh manakah peranan media konvensional masih relevan sebagai alat komunikasi dalam PRU13 berkenaan di samping menilai apakah isu-isu penting dan faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi belia terbabit mengundi calon parti yang bertanding. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menemubual secara mendalam 20 responden belia UMNO dalam PRU13. Hasil kajian ini mendapati MS seperti sistem pesanan ringkas (SMS), Facebook dan YouTube memainkan peranan penting sebagai alat komunikasi antara calon, jentera parti dan pengundi sepanjang kempen PRU13 sekaligus dapat mempengaruhi sebilangan pengundi memilih calon bertanding di DUN Kampung Gajah, terutama mereka yang tinggal di luar kawasan mengundi. Namun, MS bukan dianggap sebagai faktor penentu kepada keputusan PRU13 di DUN Kampung Gajah. Selain MS, media konvensional seperti radio, televisyen dan akhbar masih relevan dan diperlukan dalam usaha membantu calon dan jentera parti menjalankan kempen dalam PRU13. MS hanya dianggap sebagai alat komunikasi bagi memudahkan perjalanan kempen untuk dilaksanakan terutamanya bagi menyediakan maklumat tentang jadual kempen dan perjumpaan bersemuka antara calon parti dan pengundi, tetapi ianya bukan sebagai faktor penting yang mempengaruhi pengundi memilih calon bertanding. Pengundi juga didapati memilih calon sebagai wakil rakyat mereka berdasarkan latarbelakang calon, sumbangan parti pemerintah, sejarah perjuangan dan kesetiaan terhadap parti, kekuatan jentera parti BN, kelemahan jentera kempen parti pembangkang serta kedudukan kewangan mantap membiayai kos kempen, Kepentingan kajian ini mampu menyumbang ke arah memperlihatkan keberkesanan MS terhadap pola pengundian. Hasil kajian boleh diperkembangkan sejajar dengan Revolusi Industri 4.0 yang melihat peranan teknologi maklumat boleh mempengaruhi kehidupan manusia sejagat.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Abdullah, Mohamad Ainuddin Iskandar Lee and Agus, Mohd Razali and Abdul Aziz, Abdul Rahman
Item ID: 9446
Uncontrolled Keywords: Media Sosial, Pilihanraya Umum, Belia Luar Bandar, Media Konvensional, Malaysia
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T58.5-58.64 Information technology
T Technology > T Technology (General)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK6570 Mobile Communication System.
Divisions: Ghazali Shafie Graduate School of Government
Date Deposited: 01 Jun 2022 07:03
Last Modified: 01 Jun 2022 07:03
Department: Ghazali Shafie Graduate School of Government
Name: Abdullah, Mohamad Ainuddin Iskandar Lee and Agus, Mohd Razali and Abdul Aziz, Abdul Rahman
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/9446

Actions (login required)

View Item
View Item