UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Transformasi pentadbiran dasar pekerja asing di Malaysia dari tahun 1981 sehingga 2018

Nurina Awanis, Mohamed (2021) Transformasi pentadbiran dasar pekerja asing di Malaysia dari tahun 1981 sehingga 2018. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of s902094_01.pdf] Text
s902094_01.pdf
Restricted to Repository staff only until 21 September 2023.

Download (2MB) | Request a copy
[thumbnail of s902094_02.pdf] Text
s902094_02.pdf

Download (959kB)

Abstract

Setiap negara mempunyai dasar dan undang-undang yang tersendiri dalam mentadbir urus imigran, terutamanya penggajian pekerja asing. Di Malaysia, pelaksanaan dasar penggajian pekerja asing pada awalnya bersifat jangka pendek bertujuan bagi memenuhi keperluan dan permintaan semasa industri. Walau bagaimanapun, dasar ini masih terus dilaksanakan sehingga ke hari ini disebabkan oleh beberapa factor yang mempengaruhinya. Oleh demikian, penyelidikan ini dijalankan bertujuan bagi menganalisis faktor yang mempengaruhi pentadbiran dasar pekerja asing dari tahun 1981 sehingga 2018. Selain itu, penyelidikan ini dilakukan bagi mengenal pasti transformasi pentadbiran dasar pekerja asing melibatkan tiga era pentadbiran, iaitu Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak. Akhir sekali, penyelidikan ini mencadangkan beberapa pendekatan bagi menyelesaikan isu yang wujud dalam pentadbiran dasar pekerja asing. Bagi mencapai tiga objektif kajian berkenaan, penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk temu bual secara mendalam melibatkan seramai 17 orang informan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pentadbiran dasar pekerja asing di Malaysia. Faktor pertama ialah faktor individu yang terdiri daripada golongan elit dan birokrat yang mempunyai pengaruh dalam pentadbiran dasar manakala kumpulan berkepentingan hanya berpengaruh secara sektoral sahaja. Faktor kedua ialah faktor yang wujud dalam negara merangkumi amalan system demokrasi, fenomena semasa; dan percanggahan dasar yang berlaku dalam kementerian telah mempengaruhi pentadbiran dasar pekerja asing sepanjang tahun 1981 sehingga 2018. Faktor ketiga ialah faktor sistem antarabangsa, iaitu hubungan diplomatik yang erat antara negara pengimport dan pengeksport; krisis kewangan dunia; dan kewujudan rangkaian sosial telah mempengaruhi pentadbiran dasar negara. Kesimpulannya, ketiga-tiga faktor berkenaan bukan sahaja mempengaruhi pentadbiran dasar pekerja asing di Malaysia malah faktor tersebut mewujudkan jurang dasar yang menjadi punca kegagalan pelaksanaan dasar.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Ajis, Mohd Na'Eim and Mohd Zain, Zawiyah
Item ID: 9451
Uncontrolled Keywords: Faktor, Imigran, Malaysia, Pekerja Asing, Pentadbiran Dasar, Transformasi
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD28-70 Management. Industrial Management
H Social Sciences > HF Commerce. > HF5549-5549.5 Personnel Management. Employment
Divisions: Ghazali Shafie Graduate School of Government
Date Deposited: 01 Jun 2022 07:10
Last Modified: 01 Jun 2022 07:10
Department: Ghazali Shafie Graduate School of Government
Name: Ajis, Mohd Na'Eim and Mohd Zain, Zawiyah
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/9451

Actions (login required)

View Item
View Item