Hanizan, Rahmat (2021) Persepsi masyarakat terhadap integriti anggota polis di jajahan Pasir Mas, Kelantan. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.
![[thumbnail of tidak membenarkan mendeposit-825426_0001.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
tidak membenarkan mendeposit-825426_0001.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (638kB) | Request a copy
![[thumbnail of s825426_01.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s825426_01.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (2MB) | Request a copy
![[thumbnail of s825426_02.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s825426_02.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (1MB) | Request a copy
Abstract
Persepsi masyarakat berkaitan integriti anggota polis di Jajahan Pasir Mas, Kelantan masih memerlukan kajian secara ilmiah kerana gagal dijelaskan melalui kajian lepas. Objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan hubungan persepsi masyarakat dengan integriti anggota polis di Jajahan Pasir Mas, Kelantan. Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis pola persepsi masyarakat berkenaan integriti anggota polis di Jajahan Pasir Mas, Kelantan dan untuk menjelaskan perbezaan persepsi masyarakat tentang integriti anggota polis di Jajahan Pasir Mas, Kelantan. Kaji selidik adalah melibatkan seramai 384 orang responden dalam kalangan masyarakat yang berada di Jajahan Pasir Mas. Dapatan utama kajian adalah secara keseluruhan aspek persepsi masyarakat terhadap integriti anggota polis menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan pada aras p=0.05 dengan nilai r=0.112. Ini bermaksud bahawa semakin baik aspek persepsi responden, maka semakin baik integriti anggota polis daripada kacamata masyarakat. Di samping itu, kajian mendapati bahawa pola persepsi masyarakat terhadap integriti anggota polis adalah pada tahap sederhana tinggi iaitu dengan nilai min mencecah 2.55 atau berada dalam kumpulan min 2.34 hingga 3.66. Malah, dalam konteks perbezaan latar belakang masyarakat dalam hal persepsi mereka tentang integriti anggota polis hamper kesemuanya tidak menunjukkan perbezaan. Ini bermaksud bahawa masyarakat yang berbeza latar belakang diri tidak berbeza dalam persepsi mereka tentang integrity anggota polis, kecuali dari aspek jantina. Oleh kerana itu, kajian mencadangkan agar penambahbaikan kepada sistem pengurusan kepolisan sedia ada perlu dilakukan seperti dalam konteks penyeliaan dan kaunseling jabatan, serta memperkemas kaedah pengurusan aduan masyarakat. Selain itu, dalam konteks masyarakat pula pihak Polis Diraja Malaysia perlu memberikan ilmu kepolisan untuk masyarakat, membentuk pemikiran anggota masyarakat terhadap anggota polis, memastikan perasaan masyarakat sentiasa baik terhadap anggota polis, memastikan pandangan masyarakat tentang anggota polis adalah baik, serta akhirnya memberi panduan yang betul untuk masyarakat bertindak kepada anggota polis sekiranya mereka menyalahi integriti.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Supervisor : | Ismail, Hamidi |
Item ID: | 9510 |
Uncontrolled Keywords: | Integriti Polis, Jajahan Pasir Mas, Masyarakat Kelantan, Persepsi, Polis Diraja Malaysia |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD58.7 Organizational Behavior. H Social Sciences > HF Commerce. > HF5546-5548.6 Office Management H Social Sciences > HF Commerce. > HF5549-5549.5 Personnel Management. Employment |
Divisions: | Ghazali Shafie Graduate School of Government |
Date Deposited: | 26 Jun 2022 01:06 |
Last Modified: | 26 Jun 2022 01:06 |
Department: | Ghazali Shafie Graduate School of Government |
Name: | Ismail, Hamidi |
URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/9510 |