Mohd Syahrir, Rahim (2021) Gelagat kepatuhan pendidikan profesional berterusan dalam kalangan akauntan awam di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.
![[thumbnail of permission to deposit_901531.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
permission to deposit_901531.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (618kB) | Request a copy
![[thumbnail of s901531_01.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s901531_01.pdf
Download (22MB)
![[thumbnail of s901531_02.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s901531_02.pdf
Download (19MB)
Abstract
Pendidikan profesional berterusan (CPE) berstruktur memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para akauntan dalam amalan awam. Justeru, akauntan profesional di Malaysia diwajibkan untuk mematuhi keperluan CPE berstruktur. Walau bagaimanapun, laporan Institut Akauntan Malaysia (MIA) menunjukkan tahap kepatuhan CPE berstruktur dalam kalangan akauntan dalam amalan awam adalah tidak memuaskan. Isu ketidakpatuhan ini penting kerana ia boleh menjejaskan tahap kecekapan para akauntan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang melibatkan kepentingan awam. Setakat ini, faktor-faktor yang mempengaruhi kepatuhan CPE berstruktur masih lagi belum diperjelaskan dalam mana-mana kajian empirikal. Justeru, objektif utama kajian ini adalah untuk menyelidik faktor-faktor yang mempengaruhi niat dan gelagat kepatuhan CPE berstruktur dalam kalangan akauntan di Malaysia. Model kajian ini adalah berasaskan kepada Teori Gelagat Terancang (TPB). Seramai 228 akauntan dalam amalan awam yang merupakan ahli MIA telah terlibat dalam kajian ini. Data untuk kajian ini diperolehi menerusi bancian soal selidik isi sendiri dan dianalisis menggunakan Partial Least Square-Structural Equation Modeling (PLS-SEM). Dapatan kajian menunjukkan tanggapan manfaat tanggapan implikasi ketidakpatuhan dan efikasi kendiri mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan niat kepatuhan CPE berstruktur. Kajian ini juga mendapati niat kepatuhan CPE berstruktur mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan gelagat kepatuhan CPE berstruktur. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan pemboleh ubah perantara, iaitu efikasi kendiri, memainkan peranan sebagai perantara separa dalam hubungan antara tanggapan keterlibatan dan niat kepatuhan CPE berstruktur. Hasil kajian ini berupaya menyediakan asas yang baik dalam membantu pihak-pihak berkenaan seperti MIA dan AOB untuk membina dan menambah baik strategi dan polisi dalam memastikan tahap kepatuhan CPE yang lebih baik dalam kalangan akauntan awam.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Supervisor : | Saad, Ram Al Jaffri and Abd Wahab, Muhammad Syahir |
Item ID: | 9517 |
Uncontrolled Keywords: | Pendidikan Profesional Berterusan, Akauntan, Amalan Awam, MIA, PLS-SEM. |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce. > HF5601-5689 Accounting L Education > LC Special aspects of education > LC5201 Education extension. Adult education. Continuing education |
Divisions: | Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA) |
Date Deposited: | 26 Jun 2022 01:14 |
Last Modified: | 26 Jun 2022 01:14 |
Department: | Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy |
Name: | Saad, Ram Al Jaffri and Abd Wahab, Muhammad Syahir |
URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/9517 |