Adil Khider, Ibrahim @ Ishak (2020) Kajian mengenai faktor yang menyumbang kepada kesediaan kerjaya dalam kalangan pelajar tahun akhir Universiti Utara Malaysia Sintok Kedah. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.
![[thumbnail of s817741_01.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s817741_01.pdf
Download (1MB)
![[thumbnail of s817741_02.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s817741_02.pdf
Download (1MB)
![[thumbnail of s817741_rujukan.docx]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s817741_rujukan.docx
Download (67kB)
Abstract
Kesediaan kerjaya adalah merupakan kemuncak bagi pelajar-pelajar di semua institusi pengajian tinggi terutama bagi mereka yang sedang dalam pengajian di tahun akhir. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji hubungan antara tingkah laku proaktif, kesedaran kerjaya, persaingan akademik dan kebolehan mengenalpasti peluang persediaan kerjaya di kalangan pelajar tahun akhir Universiti Utara Malaysia (UUM). Seramai 200 responden telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan analisis deskriptif, ujian kebolehpercayaan, analisis korelasi pearson dan analisis regresi berganda dengan menggunakan pakej statistik untuk sains social (SPSS) yang beredisi 23. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara tingkah laku proaktif, kesedaran kerjaya, persaingan akademik dan kebolehan mengenalpasti peluang dengan persedian kerjaya. Secara ringkas, perbincangan dan kesimpulan mengenai implikasi kajian ini turut dibentangkan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Supervisor : | Abdul Hamid, Siti Norasyikin |
Item ID: | 9558 |
Uncontrolled Keywords: | kesediaan kerjaya, tingkah laku proaktif, kesedaran kerjaya, persaingan akademik, kebolehan mengenalpasti peluang |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD4801-8943 Labor. Work. Working Class |
Divisions: | Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business |
Date Deposited: | 27 Jun 2022 02:26 |
Last Modified: | 18 Oct 2023 00:47 |
Department: | Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business |
Name: | Abdul Hamid, Siti Norasyikin |
URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/9558 |