Ramanan, Banu (2022) Pengaruh kesediaan perubahan sebagai mediator terhadap hubungan antara amalan pembangunan profesional berterusan dengan kompetensi guru sekolah di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.
![[thumbnail of permission to deposit-903217.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
permission to deposit-903217.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (946kB) | Request a copy
![[thumbnail of s903217_01.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s903217_01.pdf
Download (9MB)
Abstract
Transformasi pendidikan merupakan proses penambahbaikan kualiti sistem pendidikan yang menuntut kepada perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Proses penambahbaikan ini penting bagi memastikan kualiti pendidikan negara setaraf dengan arena global. Namun begitu, perubahan dalam sistem pendidikan hanya akan tercapai dengan adanya guru yang kompeten dan mampu memberikan perkhidmatan pendidikan yang berkesan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kesediaan perubahan sebagai mediator terhadap hubungan antara amalan pembangunan profesional berterusan dengan kompetensi guru sekolah. Kaedah tinjauan yang melibatkan 380 orang responden yang terdiri daripada guru-guru sekolah menengah dari Kelantan, Terengganu dan Pahang telah digunakan. Instrumen kajian diadaptasi daripada The design and validation of an instrument to measure teacher’s profesional development at work, Readiness for organizational Change dan Standard Guru Malaysia. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package of the Social Science (SPSS Versi 25), manakala ujian korelasi, analisis regresi dan mediator dianalisis menggunakan Structural Equation Modeling AMOS (SEM AMOS Versi 24). Hasil kajian menunjukkan amalan pembangunan profesional berterusan dan kesediaan perubahan mempengaruhi tahap kompetensi guru sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan kesediaan perubahan individu berperanan selaku mediator separa terhadap hubungan antara amalan pembangunan profesional berterusan dengan kompetensi guru sekolah. Kajian ini menyumbang dari segi pengintegrasian model kesediaan perubahan dalam teori konstruktivisme bagi menjelaskan peranan kesediaan perubahan sebagai mediator terhadap hubungan antara pembangunan profesional berterusan dengan kompetensi guru. Tahap amalan pembangunan profesional berterusan dan kesediaan perubahan individu yang tinggi mampu mempengaruhi kompetensi seterusnya meningkatkan kualiti guru. Sehubungan itu, pendekatan amalan pembangunan profesional berterusan, kesediaan perubahan individu dan kompetensi guru harus diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab dalam bidang pendidikan.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Supervisor : | Mohamad, Mua'azam |
Item ID: | 9702 |
Uncontrolled Keywords: | Pembangunan profesional berterusan, Kesediaan perubahan individu, Kompetensi guru, Amalan pembangunan profesional guru, Guru kompeten. |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
Divisions: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences |
Date Deposited: | 04 Aug 2022 02:30 |
Last Modified: | 04 Aug 2022 02:30 |
Department: | Awang Had Salleh Graduate School of Art & Sciences |
Name: | Mohamad, Mua'azam |
URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/9702 |