Zalina, Zakaria @ Abdul Mutalib (2022) Kesediaan perubahan organisasi sebagai mediator terhadap hubungan antara kepimpinan distributif dan professional learning community. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.
![[thumbnail of permission to deposit-902410.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
permission to deposit-902410.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (1MB) | Request a copy
![[thumbnail of s902410_01.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s902410_01.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (5MB) | Request a copy
![[thumbnail of s902410_02.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s902410_02.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (3MB) | Request a copy
Abstract
Professional Learning Community merupakan aktiviti pembangunan profesionalisme guru yang berteraskan konsep hubungan berkualiti dengan perkongsian kemahiran dan pengetahuan untuk meningkatkan kaedah pengajaran. Budaya PLC memacu kreativiti dan inovasi menerusi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bermakna. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kesediaan perubahan organisasi sebagai mediator terhadap hubungan antara kepimpinan distributif dan PLC di sekolah menengah (harian biasa) Negeri Kelantan. Kajian ini juga meneroka sama ada dimensi kepimpinan distributive dan kesediaan perubahan organisasi merupakan peramal kepada pelaksanaan PLC. Kaedah gabungan digunakan menerusi instrumen Distributed Leadership Readiness Scale (Gordon, 2005) untuk mengukur amalan kepimpinan pengetua, Professional Learning Communities-Revised (Oliver & Hipp, 2010) bagi mengukur pelaksanaan PLC dan Organizational Readiness to Change (Shea, 2014) digunakan untuk mengukur kesediaan perubahan sekolah. Data kuantitatif dikutip menggunakan soal selidik yang melibatkan 371 orang guru manakala data kualitatif diperoleh melalui temu bual dengan empat (4) orang guru yang dipilih secara teknik bola salji. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi manakala data kualitatif dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara pengaruh kepimpinan distributif dan kesediaan perubahan organisasi. Kepimpinan distributif dan kesediaan perubahan organisasi merupakan faktor peramal kepada pelaksanaan PLC. Dimensi penetapan visi, misi dan matlamat merupakan dimensi peramal yang paling tinggi diikuti amalan kepimpinan dan perkongsian kepimpinan manakala budaya sekolah merupakan peramal yang paling rendah. Dimensi efikasi terhadap perubahan dan komitmen terhadap perubahan dalam kesediaan perubahan organisasi menunjukkan peramal yang tinggi terhadap tahap pelaksanaan PLC. Analisis data kualitatif mendapati lima (5) faktor utama menyumbang kepada pelaksanaan PLC berkesan, iaitu kerja berpasukan, sokongan pentadbir, perkongsian amalan terbaik, penetapan matlamat dan objektif, serta sokongan pemegang taruh. Kajian ini dapat dijadikan panduan tambahan untuk melaksanakan PLC berkesan serta dijadikan platform untuk meningkatkan pembangunan profesionalisme guru.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Supervisor : | Ismail, Siti Noor |
Item ID: | 9703 |
Uncontrolled Keywords: | Professional Learning Community, Kepimpinan distributif, Kesediaan perubahan organisasi, Pembangunan profesionalisme guru, Komitmen. |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
Divisions: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences |
Date Deposited: | 04 Aug 2022 02:31 |
Last Modified: | 04 Aug 2022 02:31 |
Department: | Awang Had Salleh Graduate School of Art & Sciences |
Name: | Ismail, Siti Noor |
URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/9703 |