UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Penilaian terhadap doktrin imāmah syiah imamiyah dalam kitab Al-Murāja‘āt oleh Al-Sayid ‘Abdul Husain Al-Mūsawī

Mohd Azri, Mohd Nasaruddin (2021) Penilaian terhadap doktrin imāmah syiah imamiyah dalam kitab Al-Murāja‘āt oleh Al-Sayid ‘Abdul Husain Al-Mūsawī. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of permission to deposit-grant the permission 903775.pdf] Text
permission to deposit-grant the permission 903775.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s903775_01.pdf] Text
s903775_01.pdf

Download (4MB)

Abstract

Perkembangan Syiah Imamiyah melalui sebaran penulisan merupakan satu isu berterusan kepada umat Islam di Malaysia. Kitab yang menjadi rujukan utama Syiah dalam usaha ini ialah Al-Murāja‘āt oleh Al-Sayid ‘Abdul Ḥusain Al-Mūsawī. Kitab ini sangat berpengaruh disebabkan kemahiran pengarang mempertahankan doktrin Imāmah dengan menggunakan ayat Al-Quran dan hadis dari koleksi Ahl Al-Sunnah. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji kesahan dakwaan Al-Sayid ‘Abdul Ḥusain Al- Mūsawī tentang kewujudan doktrin Imāmah di dalam Al-Quran dan Al-Hadis dengan bermatlamatkan tiga objektif utama. Pertama, melihat kepentingan doktrin Imamah kepada kemunculan pemikiran Syiah Imamiyah, yang merupakan doktrin Syed Abdul Ḥusain penulis kitab Al-Murāja‘āt. Kedua, mengkaji manhaj yang digunakan Al- Sayid ‘Abdul Ḥusain Al-Mūsawī dalam mempertahankan doktrin ini. Objektif terakhir ialah menganalisis kesahan penghujahan pengarang dari sudut disiplin periwayatan penafsiran Al-Quran dan Al-Hadis, dengan menggunakan Ulum Al- Quran dan Ulum Al-Hadis di sisi Ahl Al-Sunnah dan Syiah Imamiyah. Kaedah yang digunakan ialah kajian kepustakaan, dengan analisis sejarah bagi objektif pertama dan analisis kandungan bagi dua objektif berikutnya. Kajian mendapati doktrin Imāmah adalah tulang belakang kepada kemunculan Syiah. Al-Sayid ‘Abdul Ḥusain Al- Mūsawī pula merupakan tokoh dikalangan Syiah yang disahkan sebagai pengarang Al-Murāja‘āṭ. Kajian turut mendapati pengarang mengelirukan istilah ulum hadis, teks hadis dan keadilan sahabat R.A dalam mempertahankan doktrin Imāmah. Akhir sekali, penghujahan pengarang didapati tertolak, dengan menggunakan riwayat yang ḍa‘īf atau palsu dan penjelasan yang mengelirukan, tanpa mematuhi disiplin periwayatan Ahl Al-Sunnah mahupun Syiah. Kajian ini menyumbang secara umum dalam memperkayakan perbandingan Ahl Al-Sunnah dan Syiah melalui pematuhan kepada disiplin periwayatan daripada kedua-dua pihak. Implikasi daripada sudut khusus adalah dari segi kajian perbandingan menggunakan penelitian kepada Ulum Al-Quran dan Al-Hadis di sisi Ahl Al-Sunnah dan Syiah. Penemuan kajian ini juga mampu menyumbang kepada usaha pihak berkaitan dalam menyekat penyebaran pemikiran Syiah, serta pendedahan kepada kebatilan doktrin Imamah Syiah.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Dahaman @ Dahlan, Mohd Akram
Item ID: 9707
Uncontrolled Keywords: Al-Sayid ‘Abdul Ḥusain Al-Mūsawī, Kitab Al-Murāja‘āt, Doktrin Imāmah, Dialog Sunnah Syiah.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
Divisions: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Date Deposited: 04 Aug 2022 02:32
Last Modified: 04 Aug 2022 02:32
Department: Awang Had Salleh Graduate School of Art & Sciences
Name: Dahaman @ Dahlan, Mohd Akram
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/9707

Actions (login required)

View Item
View Item