Mohd Norakmar, Omar (2022) Pengaruh kepimpinan teknologi pengetua dan efikasi kendiri guru terhadap penerimaan teknologi mudah alih di sekolah menengah kebangsaan negeri Kedah. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.
![[thumbnail of permission to deposit-s903450.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
permission to deposit-s903450.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (1MB) | Request a copy
![[thumbnail of s903450_01.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s903450_01.pdf
Download (5MB)
Abstract
Teknologi mudah alih berpotensi dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan mencetus inovasi dalam pedagogi. Hal ini selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, yang berhasrat memperkasakan pendidikan menerusi ICT. Sungguhpun begitu, sorotan kajian mendapati kepimpinan teknologi pengetua masih rendah dan efikasi kendiri guru tidak konsisten, menghadirkan kebimbangan guru bagi menerima teknologi mudah alih dalam pengajaran. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap, hubungan dan pengaruh di antara kepimpinan teknologi pengetua, efikasi kendiri guru dan penerimaan teknologi mudah alih. Selain itu, efikasi kendiri guru juga diuji sebagai mediator kajian. Kajian dilaksanakan secara tinjauan keratan rentas dengan pendekatan kuantitatif. Seramai 376 orang guru melibatkan 24 buah sekolah menengah kebangsaan di negeri Kedah terlibat sebagai sampel. Instrumen kajian diadaptasikan daripada Principal Technology Leadership Assessment, Teacher Sense of Efficacy Scale dan The Extended of Unified Theory of Acceptance and Use of Technology. Analisis deskriptif, ujian-t, ANOVA dan korelasi Pearson dilaksanakan menggunakan perisian SPSS versi 24.0, manakala kesepadanan model, pengaruh antara pemboleh ubah dan kehadiran pengaruh mediator pula diuji menggunakan SEM-AMOS versi 24.0. Hasil kajian mendapati ketiga-tiga pemboleh ubah mempunyai tahap yang tinggi, manakala guru di sekolah bandar lebih tinggi tahap penerimaan teknologi mudah alih berbanding di sekolah luar bandar. Selain itu, kepimpinan teknologi pengetua dan efikasi kendiri guru mempunyai pengaruh yang besar terhadap penerimaan guru terhadap teknologi mudah alih. Menerusi ujian bootstrapping, didapati efikasi kendiri guru berperanan sebagai mediator separa. Kajian ini memberi sumbangan di mana pembinaan karakter kepimpinan teknologi pengetua harus berpandukan kepada elemen NETS-A. Penemuan kajian menyarankan supaya guru memperkasakan efikasi kendiri bagi melestarikan pembudayaan ICT di sekolah. Di samping itu, guru dikehendaki meningkatkan kesediaan diri dengan kompetensi ICT untuk menerima penggunaan teknologi mudah alih dalam pengajaran.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Supervisor : | Sailin, Siti Nazuar and Ismail, Siti Noor |
Item ID: | 9712 |
Uncontrolled Keywords: | Kepimpinan teknologi pengetua, Efikasi kendiri guru, Penerimaan teknologi mudah alih, Sekolah menengah kebangsaan, Kompetensi ICT. |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > T58.5-58.64 Information technology L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK6570 Mobile Communication System. |
Divisions: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences |
Date Deposited: | 04 Aug 2022 02:32 |
Last Modified: | 04 Aug 2022 02:32 |
Department: | Awang Had Salleh Graduate School of Art & Sciences |
Name: | Sailin, Siti Nazuar and Ismail, Siti Noor |
URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/9712 |