UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pengaruh kepimpinan kontekstual pengetua, kesejahteraan tempat kerja dan pemerkasaan terhadap komitmen organisasi guru sekolah

Suhaili, Mohd Yusoff (2022) Pengaruh kepimpinan kontekstual pengetua, kesejahteraan tempat kerja dan pemerkasaan terhadap komitmen organisasi guru sekolah. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of borang ETD_DR. SUHAILI MOHD YUSOFF.pdf] Text
borang ETD_DR. SUHAILI MOHD YUSOFF.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (133kB) | Request a copy
[thumbnail of s903456_01.pdf] Text
s903456_01.pdf

Download (3MB)
[thumbnail of s903456_02.pdf] Text
s903456_02.pdf

Download (968kB)

Abstract

Sokongan secara psikologikal terhadap emosi dan keperihatinan pihak pemimpin sekolah perlu diberi penekanan berikutan tahap komitmen guru di sesetengah buah negara membangun masih tidak memberangsangkan. Guru perlu diberi kepercayaan dan penghargaan supaya persekitaran kerja sedemikian dapat mencetus keseronokan dalam bekerja walaupun berdepan dengan cabaran yang pelbagai. Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti peranan perantara bersiri iaitu pemerkasaan guru dan kesejahteraan guru di tempat kerja bagi menjelaskan pengaruh tidak langsung kepimpinan kontekstual pengetua sekolah terhadap komitmen organisasi guru. Kajian ini merupakan kajian penyelidikan kuantitatif yang melibatkan pengujian model persamaan berstruktur. Data dikumpul secara keratan rentas melalui soal selidik yang diubahsuai dan dibina sendiri oleh pengkaji. Kesemua alat ukur yang digunakan juga diuji kesahan dan kebolehpercayaannya. Sampel kajian merupakan 371 orang guru daripada lima belas buah sekolah menengah harian di negeri Kelantan yang dipilih dengan kaedah pensampelan rawak pelbagai peringkat. Analisis kajian melibatkan ujian Manova melalui perisian SPSS versi 25.0, analisis laluan struktural dan ujian kesepadanan model persamaan berstruktur dengan menggunakan perisian AMOS versi 24.0. Keputusan kajian menunjukkan bahawa faktor demografik, iaitu, jantina, umur, dan pengalaman mengajar guru adalah tidak signifikan dalam membezakan tahap pemerkasaan guru, kesejahteraan guru di tempat kerja, dan komitmen organisasi guru (p>0.05). Pengujian model pula menunjukkan faktor pemerkasaan guru dan kesejahteraan guru sebagai perantara bersiri yang signifikan bagi menjelaskan pengaruh tidak langsung kepimpinan kontekstual pengetua terhadap komitmen organisasi guru (β = 0.17, p = 0.00). Dari segi teori, kajian ini memberikan bukti empirikal terhadap penggabungan Teori Z untuk menekankan elemen kesejahteraan dan pemerkasaan, serta Teori Kontingensi Fiedler bagi mendokong gaya kepimpinan berdasarkan konteks dalam usaha meningkatkan komitmen organisasi guru. Dapatan berjaya membina satu model persamaan berstruktur komitmen organisasi guru yang baharu dan lebih komprehensif yang menjelaskan bagaimana kepimpinan kontekstual pengetua sekolah dapat dikaitkan dengan komitmen organisasi guru melalui mekanisme perantara bersiri.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Tengku Ariffin, Tengku Faekah
Item ID: 9741
Uncontrolled Keywords: Komitmen organisasi, Pemerkasaan, Autonomi, Kesejahteraan di tempat kerja, Kepimpinan.
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
H Social Sciences > HF Commerce. > HF5546-5548.6 Office Management
L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Divisions: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Date Deposited: 14 Aug 2022 01:26
Last Modified: 04 Sep 2022 10:25
Department: Awang Had Salleh Graduate School of Art & Sciences
Name: Tengku Ariffin, Tengku Faekah
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/9741

Actions (login required)

View Item
View Item