UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kajian kesedaran pekerja operasi pembersihan terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja

Mohd. Tahir, Mohd. Azrin (2021) Kajian kesedaran pekerja operasi pembersihan terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of permission to use-ALLOWED.pdf] Text
permission to use-ALLOWED.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (430kB) | Request a copy
[thumbnail of s819480_01.pdf] Text
s819480_01.pdf

Download (436kB)

Abstract

Isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan aspek yang penting terutamanya bila melibatkan kerja-kerja yang berisiko tinggi termasuklah yang melibatkan penggunaan bahan kimia seperti pembersihan dan pencucian di hospital. Pandemik Covid-19 yang melanda telah meningkatkan risiko keselamatan dan kesihatan semua orang walau di mana mereka berada, termasuklah di tempat kerja. Kajian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti hubungan di antara kesedaran pekerja operasi di sebuah hospital di Kuala Lumpur terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dengan umur, polisi dan prosedur keselamatan dan kesihatan, dan latihan keselamatan dan kesihatan. Responden untuk kajian ini adalah terdiri daripada seramai 150 orang pekerja operasi pembersihan yang menyertai soal selidik ini. Mereka terdiri dari pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Nepal. Di dalam kajian ini, kaedah soal selidik telah digunakan sebagai instrumen utama bagi mendapat data. Data yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif dan korelasi Spearman’s rho untuk mengenalpasti kesedaran respondan terhadap keselamatan dan kesihatan diantara faktor demografi dan kesedaran. Hasil dari kajian ini telah menunjukkan
bahawa kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan adalah sederhana iaitu skor min 2.69. Kajian seterusnya telah menunjukkan demografi umur perkaitan negatif yang signifikan antara umur dan kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan pada r – (-
.362), p (0.000), Manakala bagi perkaitan diantara tempoh berkhidmat dan kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan pada r – (0.983), p (0.000), terdapat korelasi positif dan sangat signifikan antara tempoh berkhidmat dan kesedaran terhadap
keselamatan dan kesihatan. Merujuk kepada tempoh perkhidmatan ini, ia menunjukkan semakin lama pekerja operasi pembersihan ini berkhidmat maka kesedaran terhadap keselamatan makin tinggi sedarnya. Kajian ini mendapati perlu meneruskan latihan, melihat kepada faktor demografi dan tempoh perkhidmatan yang berterusan bagi terus memberi kesedaran kepada pekerja operasi pembersihan di hospital.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Haji Azizan, Norizan
Item ID: 9923
Uncontrolled Keywords: umur, polisi dan prosedur, latihan, kesedaran keselamatan dan kesihatan
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T55-55.3 Industrial Safety. Industrial Accident Prevention
Divisions: College of Business (COB)
Date Deposited: 04 Oct 2022 00:52
Last Modified: 04 Oct 2022 00:52
Department: School Of Business Management
Name: Haji Azizan, Norizan
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/9923

Actions (login required)

View Item
View Item