UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Hubungan antara penglibatan pekerja dan latihan keselamatan terhadap gelagat selamat dalam kalangan pekerja di MSM Prai Bhd cawangan Sungai Buloh

Badarudin, Ain’ Hazidi Hazryn (2021) Hubungan antara penglibatan pekerja dan latihan keselamatan terhadap gelagat selamat dalam kalangan pekerja di MSM Prai Bhd cawangan Sungai Buloh. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of permissin to use-ALLOWED.pdf] Text
permissin to use-ALLOWED.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s822557_01.pdf] Text
s822557_01.pdf

Download (1MB)

Abstract

Penglibatan pekerja, latihan keselamatan dan gelagat selamat merupakan antara peranan yang penting dalam membangunkan budaya kerja selamat di tempat kerja. Kajian ini bertujuan untuk menguji hubungan antara penglibatan pekerja dan latihan keselamatan terhadap gelagat selamat. Kajian kuantitatif ini menggunakan soalselidik dengan melibatkan seramai 120 responden pekerja syarikat pengeluran gula pasir MSM Prai Bhd cawangan Sungai Buloh. Statistic Package for Social Science (SPSS)
versi 23.0 telah digunakan untuk menganalisa data-data kajian ini. Analisis deskrpitif menunjukkan tahap penglibatan pekerja dan latihan keselamatan yang diamalkan oleh pekerja di MSM Prai Bhd cawangan Sungai Buloh adalah pada tahap sederhana. Analisis korelasi pula menunjukkan latihan keselamatan, penglibatan kakitangan dan gelagat selamat mempunyai hubungan yang signifikan. Majikan perlu menitikberatkan program latihan keselamatan keselamatan dan perlu memastikan penglibatan pekerja dalam semua aktiviti-aktiviti pencegahan kemalangan ditempat
kerja.Hubungan antara majikan dan pekerja juga memerlukan toleransi seterusnya akan menjamin kepada pencapaian matlamat keselamatan dan kesihatan pekerjaan syarikat. Kertas kajian ini turut membincangkan hasil dapatan kajian, limitasi kajian dan cadangan untuk kajian lanjutan.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Abdul Aziz, Fadzli Shah
Item ID: 9937
Uncontrolled Keywords: Penglibatan Pekerja, Latihan Keselamatan, Gelagat Selamat, MSM Prai Bhd cawangan Sungai Buloh
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T55-55.3 Industrial Safety. Industrial Accident Prevention
Divisions: College of Business (COB)
Date Deposited: 05 Oct 2022 09:09
Last Modified: 05 Oct 2022 09:09
Department: School Of Business Management
Name: Abdul Aziz, Fadzli Shah
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/9937

Actions (login required)

View Item
View Item