UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Hubungkait antara beban kerja berlebihan, hubungan dengan rakan sekerja dan persekitaran tempat kerja dengan tekanan kerja di Markas Briged Infantri Malaysia

Hassan, Khairul Firdaus (2021) Hubungkait antara beban kerja berlebihan, hubungan dengan rakan sekerja dan persekitaran tempat kerja dengan tekanan kerja di Markas Briged Infantri Malaysia. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of permission to use-NOT ALLOWED.pdf] Text
permission to use-NOT ALLOWED.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (333kB) | Request a copy
[thumbnail of s824187_01.pdf] Text
s824187_01.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s824187_02.pdf] Text
s824187_02.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (780kB) | Request a copy

Abstract

Tekanan merujuk pembentukan tingkah laku serta memberi kesan terhadap emosi seseorang individu. Faktor tekanan adalah sebahagian daripada keselamatan dan kesihatan individu serta organisasi secara menyeluruh. Terdapat kajian mumbuktikan
bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara tekanan pekerjaan dengan salah laku disiplin. Berdasarkan statistik, terdapat peningkatan dalam salah laku disiplin sama ada dalam sektor awam dan tidak terkecuali dalam Markas Briged Infantri Malaysia. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap tekanan kerja di kalangan pegawai dan anggota yang bertugas di sebuah Markas Briged Infantri Malaysia dan menentukan hubungan antara beban kerja berlebihan, hubungan dengan rakan sekerja dan persekitaran tempat kerja dengan tekanan pekerjaan di sebuah Markas Briged Infantri Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melibatkan 130 orang responden daripada sebuah Markas Briged Infantri Malaysia. Setiap hipotesis telah diuji dengan menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 26.0 secara analisis deskriptif, analisis korelasi Pearson dan analisis regresi berganda.
Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara beban kerja berlebihan dan hubungan dengan rakan sekerja dengan tekanan pekerjaan dalam kalangan staf di sebuah Markas Briged Keenam Infantri Malaysia. Manakala tiada hubungan positif yang signifikan antara persekitaran tempat kerja dengan tekanan
pekerjaan dalam kalangan staf di sebuah Markas Briged Keenam Infantri Malaysia. Penemuan ini juga menunjukkan beban kerja berlebihan dan hubungan dengan rakan sekerja memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan tahap tekanan pekerjaan di organisasi Markas Briged Infantri Malaysia. Hasil daripada kajian telah disyorkan kaedah yang bersesuaian bagi pengurusan tekanan kerja dalam organisasi Markas Briged Infantri Malaysia.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Zulkifly, Syazwan Syah
Item ID: 9989
Uncontrolled Keywords: Tekanan Pekerjaan di dalam Ketenteraan, Beban Kerja Berlebihan, Hubungan Tempat Kerja, Persekitaran Tempat Kerja, Disiplin dan Tatatertib Tentera.
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce. > HF5548.7-5548.85 Industrial Psychology
Divisions: School of Business Management
Date Deposited: 27 Oct 2022 01:20
Last Modified: 27 Oct 2022 01:20
Department: Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business
Name: Zulkifly, Syazwan Syah
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/9989

Actions (login required)

View Item
View Item