Abd. Rahim, Muhd. Zain (1994) Hubungan Antara Kepuasan Gaji dengan Pandangan Gaji Berasaskan Prestasi, Kepuasan Kerja dan Prestasi Kerja : Kajian di Kalangan Kakitangan Sokongan di Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan di Ibupejabat Jabatan-Jabatan di Bawahnya. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.
ABD._RAHIM_BIN_MUHD_ZAIN.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only
Download (2MB) | Request a copy
ABD._RAHIM_MUHD_ZAIN_94.pdf
Download (374kB) | Preview
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai pandangan anggota sektor
awam mengenai penentuan gaji berasaskan prestasi dan
hubungannya dengan kepuasan gaji. Seterusnya tinjauan juga
dibuat untuk melihat hubungan dan kesan pandangan tersebut
kepada kepuasan kerja dan prestasi. Tahap kepuasan gaji,
kepuasan kerja dan prestasi kerja juga diberi perhatian dalam kajian ini. Seramai 151 orang anggota sektor awam dalam Kumpulan Sokongan di Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan di Ibu pejabat Jabatan-jabatan di bawahnya
terlibat dalam kajian awal ini. Kepuasan gaji dinilai dari empat aspek iaitu kepuasan peringkat gaji, kepuasan faedah-faedah gaji, kepuasan kenaikan gaji dan kepuasan terhadap struktur dan pentadbiran gaji. Keputusan ujian menunjukkan kepuasan gaji berada di tahap rendah, pandangan yang positif dicatatkan bagi gaji berasaskan prestasi, kepuasan kerja di tahap sederhana dan prestasi di tahap yang tinggi. Hubungan antara kepuasan gaji dengan pandangan terhadap gaji berasaskan prestasi dan kepuasan kerja adalah positif. Prestasi kerja tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan gaji, tetapi mencatatkan hubungan yang positif dengan pandangan terhadap gaji berasaskan prestasi. Faktor demografi pula tidak menyumbang secara signifikan kepada kepuasan gaji, namun sebahagian daripadanya menyumbang kepada pandangan terhadap gaji berasaskan pretasi. Ini bermakna sumbangan tidak langsung dari prestasi dan sebahagian faktor demografi kepada kepuasan gaji melalui pandangan terhadap gaji berasaskan prestasi. Keseluruhan kajian ini menjelaskan bahawa tahap pemahaman dan pandangan anggota sektor awam mengenai Sistem Saraan Baru adalah penting dalam menentukan kepuasan mereka terhadap gaji.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Supervisor : | UNSPECIFIED |
Item ID: | 591 |
Uncontrolled Keywords: | Wages, Productivity, Job Satisfaction, Job Performance, Supporting Staff, Case studies |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD28-70 Management. Industrial Management |
Divisions: | Faculty and School System > Sekolah Siswazah |
Date Deposited: | 29 Oct 2009 00:27 |
Last Modified: | 24 Jul 2013 12:08 |
Department: | Graduate School |
URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/591 |