UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Keperluan Latihan di Skim Kilang Bimbingan Bank Pembangunan Malaysia Berhad

Nasriah, Ismail (1994) Keperluan Latihan di Skim Kilang Bimbingan Bank Pembangunan Malaysia Berhad. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of NASRIAH_ISMAIL.pdf] PDF
NASRIAH_ISMAIL.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of NASRIAH_ISMAIL_94.pdf]
Preview
PDF
NASRIAH_ISMAIL_94.pdf

Download (134kB) | Preview

Abstract

Tujuan utama tesis ini ialah untuk melihat keperluan latihan di kalangan penerima-penerima Skim Kilang Bimbingan (SKB) Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) berdasarkan kepada persepsi penerima-penerima SKB terhadap keberkesanan latihan yang telah diberikan oleh BPMB kepada mereka. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat samada satu cara yang sistematik dalam menentukan keperluan latihan digunakan atau sebaliknya. Kajian ini melibatkan 29 penerima-penerima SKB dari Alor Setar, Kedah; Pengkalan Chepa, Kelantan; dan Cendering, Kuala Terengganu. Soalselidik telah digunakan sebagai sumber mendapatkan
maklumat dari penerima-penerima SKB, manakala temuduga
dijalankan untuk mendapatkan maklumat dari BPMB.
Setelah analisa terhadap data dibuat, didapati kursus pengurusan pemasaran merupakan kursus yang dianggap paling diperlukan oleh penerima-penerima SKB. Ianya dilihat dari segi bergunanya kursus tersebut kepada penerima-penerima SKB sebagai usahawan, ketepatan kursus itu dengan kemahiran yang ingin mereka perolehi, dan masa yang dihabiskan untuk mengikuti kursus adalah tidak merugikan, walaupun terpaksa meninggalkan kerja mereka. Keperluan latihan tambahan juga dikenalpasti iaitu yang berkaitan dengan bidang pengurusan dan teknikal. Penerima-penerima SKB juga didapati lebih suka mengikuti latihan di BPMB daripada mengikutinya di tempat lain, walaupun latihan yang ditawarkan oleh pihak luar dirasakan lebih diperlukan. Dari segi jangkamasa latihan pula, modul yang lebih pendek adalah menjadi pilihan mereka. Kebanyakan daripada penerima-penerima SKB ini juga berpendapat bahawa latihan mestilah bersesuaian dengan masalah yang berkait dengan sesuatu jenis perniagaan, dan tidak melibatkan masalah umum semata-mata.
Penemuan daripada kajian ini juga mendapati keseluruhan penerima-penerima SKB tidak pernah menggunakan satu cara yang sistematik dalam menentukan latihan-latihan yang diperlukan oleh mereka ataupun pekerja-pekerja. Cara yang mereka gunakan ialah dengan melihat kesesuaian latihan yang ditawarkan dengan diri mereka ataupun dengan pekerja mereka.
Secara ringkasnya, persepsi penerima-penerima SKB terhadap
keberkesanan latihan di ketiga-tiga kawasan yang dikaji tidak menunjukkan sesuatu perbezaan yang menonjol.
Akhir sekali, di antara beberapa penemuan lain ialah seperti
berikut:
(i) penerima-penerima SKB yang mempunyai kelulusan
lebih tinggi (Sijil, Diploma dan Ijazah) mendapati latihan di BPMB adalah kurang mencukupi berbanding dengan penerima-penerima SKB yang berkelulusan SPM dan STPM; dan

(ii) penerima-penerima SKB yang berusia lebih tua mendapati
latihan adalah kurang mencukupi berbanding dengan mereka yang lebih muda.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : UNSPECIFIED
Item ID: 623
Uncontrolled Keywords: Manufacturing Industry, Training Needs, Training Evaluation, Bank Pembangunan Malaysia Berhad
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce. > HF5549-5549.5 Personnel Management. Employment
Divisions: Faculty and School System > Sekolah Siswazah
Date Deposited: 19 Oct 2009 07:01
Last Modified: 24 Jul 2013 12:08
Department: Graduate School
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/623

Actions (login required)

View Item
View Item