Che Noh, Suhaila (2022) Pengaruh TPACK dan set minda pemikiran reka bentuk terhadap kompetensi pengajaran guru sains komputer. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.
![[thumbnail of permission to use-NOT ALLOWED.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
permission to use-NOT ALLOWED.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (335kB) | Request a copy
![[thumbnail of s903457_01.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s903457_01.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (3MB) | Request a copy
![[thumbnail of s903457_02.pdf]](https://etd.uum.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
s903457_02.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (1MB) | Request a copy
Abstract
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-2025) menjadi tonggak dalam perubahan pelaksanaan KSSM dengan menekankan penguasaan kemahiran abad ke-21 kepada pembaharuan kurikulum dalam mata pelajaran Sains Komputer.
Justeru itu, kompetensi pengajaran guru amatlah penting bagi mencapai hasrat tersebut. Selain itu, pengetahuan guru dalam teknologi (TPACK) dan Set Minda Pemikiran Reka Bentuk menjadi satu kepentingan dalam membina kompetensi pengajaran guru dalam mata pelajaran Sains Komputer. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh antara Pengetahuan Teknologikal Pedagogikal Isi
Kandungan dan Set Minda Pemikiran Reka Bentuk terhadap Kompetensi pengajaran guru Sains Komputer. Kajian kuantitatif ini melibatkan empat konstruk iaitu TPACK, Set Minda Pemikiran Reka Bentuk, Motivasi dan Kompetensi Pengajaran Guru Sains Komputer. Konstruk Motivasi diukur sebagai moderator dalam kajian ini.Kajian ini
melibatkan 161 guru Sains Komputer di Negeri Kedah yang telah dipilih sebagai responden secara persampelan rawak. Soal selidik kajian ini diadaptasi dari pelbagai sumber dan mempunyai nilai kebolehpercayaan 0.97. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan Analisis SEM melalui perisian SmartPLS 3. Dapatan analisis menunjukkan bahawa terdapat 17 hipotesis yang signifikan dan menyokong dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap TPACK sederhana tinggi, manakala Set Minda Pemikiran Reka Bentuk dan Kompetensi Pengajaran Guru
bagi Sains Komputer adalah tinggi. Seterusnya dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara Set Minda Pemikiran Reka Bentuk dengan Kompetensi Pengajaran Guru Sains Komputer, tetapi tidak signifikan bagi TPACK. Kajian ini menyumbang idea dan saranan dengan mencadangkan satu kerangka kurikulum untuk dijadikan rujukan dalam pengajaran guru-guru Sains Komputer.
Kajian ini juga memberikan idea dan panduan untuk pengkaji masa hadapan untuk mengkaji TPACK dan Set Minda Pemikiran Reka Bentuk ke atas guru-guru STEM.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Supervisor : | Abdul Karim, Abdul Malek |
Item ID: | 10467 |
Uncontrolled Keywords: | Kompetensi pengajaran guru sains komputer, TPACK, Set minda pemikiran reka bentuk, Motivasi |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science |
Divisions: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences |
Date Deposited: | 06 Apr 2023 02:58 |
Last Modified: | 06 Apr 2023 02:58 |
Department: | Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences |
Name: | Abdul Karim, Abdul Malek |
URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/10467 |