UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Hubungan di antara tret personaliti dan sokongan organisasi terhadap daya tahan di kalangan penolong pegawai perubatan di daerah Alor Gajah

Abdul Hamid, Nordin (2022) Hubungan di antara tret personaliti dan sokongan organisasi terhadap daya tahan di kalangan penolong pegawai perubatan di daerah Alor Gajah. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission-not allow_s826628.pdf] Text
depositpermission-not allow_s826628.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (495kB) | Request a copy
[thumbnail of s826628_01.pdf] Text
s826628_01.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s826628_02.pdf] Text
s826628_02.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Daya tahan atau Resilien ialah kebolehan untuk menahan kesusahan dan bangkit daripada peristiwa yang sukar. Daya tahan adalah sesuatu yang dinamik. Ia berubah sebagai tindak balas kepada persekitaran, dan individu boleh menjadi lebih baik dalam hal itu. Daya tahan boleh dibangunkan untuk membolehkan individu dan sistem menggunakan perubahan untuk menjadi lebih baik dan berkembang maju dalam persekitaran baharu. Tujuan kajian kuantitatif ini adalah untuk menentukan adakah terdapat hubungan antara tret personaliti dan
sokongan organisasi terhadap daya tahan di kalangan PPP di daerah Alor Gajah, Melaka. Kajian dijalankan ke atas 120 orang responden yang dipilih secara rawak. Hasil kajian menunjukkan terdapat korelasi yang positif diantara 3 tret personaliti dengan daya tahan extraversion, agreeableness dan openness manakala tret personaliti neuroticism mempunyai hubungan korelasi negatif. Bagi tret personaliti conscientiousness pula, hasil ujian menunjukkan hubungan korelasi yang sangat lemah serta tidak signifikan dengan daya tahan.
Hasil ujian regresi pula menunjukkan pengaruh pembolehubah bebas terhadap daya tahan sebanyak 84% di mana perubahan tret personaliti dan sokongan organisasi berada di dalam variasi daya tahan. Ujian pekali pembolehubah pula menunjukkan pembolehubah sokongan organisasi adalah peramal tertinggi yang mempengaruhi daya tahan adalah sokongan organisasi. Hasil kajian diharap dapat membantu organisasi dalam menjaga kesihatan mental kakitangan di samping membantu meningkatkan mutu rawatan yang di berikan kepada pesakit.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Abdullah, Nor Azimah Chew
Item ID: 10542
Uncontrolled Keywords: Daya Tahan, Tret Personaliti, Sokongan Organisasi, Penolong Pegawai Perubatan, Daerah Alor Gajah.
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD58.9 Organizational Effectiveness.
Divisions: School of Business Management
Date Deposited: 25 May 2023 01:47
Last Modified: 25 May 2023 01:47
Department: School Of Business Management
Name: Abdullah, Nor Azimah Chew
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/10542

Actions (login required)

View Item
View Item