UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pengaruh kepercayaan dan tingkah laku kewarganegaraan terhadap iklim organisasi di sekolah kategori hotspot Negeri Kelantan

Ainonmadiah, Mohd Nawawi (2025) Pengaruh kepercayaan dan tingkah laku kewarganegaraan terhadap iklim organisasi di sekolah kategori hotspot Negeri Kelantan. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission.pdf] Text
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s902376_01.pdf] Text
s902376_01.pdf
Restricted to Repository staff only until 21 July 2028.

Download (2MB) | Request a copy
[thumbnail of s902376_02 - Copy.pdf] Text
s902376_02 - Copy.pdf

Download (792kB)

Abstract

Kewujudan sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah hotspot mempunyai masalah disiplin, penyalahgunaan dadah dan jenayah serta kadar ketidakhadiran yang tinggi dalam kalangan pelajar merupakan satu isu yang kritikal. Pendedahan ini secara langsung terkait dengan organisasi utama di sekolah iaitu pengetua dan guru. Kajian ini dijalankan untuk menilai sejauhmana tahap, perbezaan tahap berdasarkan demografi dan hubungan amalan kepercayaan dalam organisasi, tingkah laku kewarganegaraan organisasi dan iklim organisasi dalam kalangan guru di sekolah kategori hotspot. Tujuan utama kajian ialah untuk mengusulkan model amalan kepercayaan organisasi, amalan tingkah laku kewarganegaraan organisasi dan iklim organisasi bagi memastikan iklim organisasi yang tersusun, sistematik, mempunyai nilai keinsanan yang tinggi, berkebajikan serta amanah dalam kalangan pengetua dan guru-guru di sekolah kategori hotspot. Kajian kuantitatif ini menggunakan Instrumen Kepercayaan Organisasi, Instrumen Tingkah Laku Kewarganegaraan Organisasi dan Instrumen Iklim Organisasi. Kajian ini melibatkan 442 responden guru yang mengajar di sekolah kategori hotspot, Negeri Kelantan. Analisis deskriptif melibatkan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Analisis inferensi pula melibatkan ujian-t sampel bebas, ujian analisis varians satu hala ANOVA dan model persamaan struktur (SEM) berbantu perisian Analysis of Moments Structures (AMOS 29). Dapatan kajian menunjukkan kesemua pemboleh ubah berada pada tahap amalan yang tinggi. Perbezaan dari segi demografi pula menunjukkan terdapat perbezaan dari segi jantina bagi ketiga-tiga pemboleh ubah namun tidak terdapat perbezaan dari segi umur dan pengalaman mengajar. Dapatan menunjukkan kepercayaan organisasi mempunyai hubungan yang positif serta meramal secara signifikan terhadap tingkah laku kewarganegaraan organisasi dan iklim organisasi. Model yang dibangunkan ini diharap dapat memberi alternatif kepada organisasi pendidikan untuk meningkatkan amalan kepercayaan organisasi dan tingkah laku kewarganegaraan organisasi dalam kalangan guru khususnya di sekolah hotspot

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Othman, Mohamad Khairi and Yusof, Rahimi
Item ID: 11844
Uncontrolled Keywords: Kepercayaan organisasi, tingkah laku kewarganegaraan organisasi, iklim organisasi, sekolah hotspot
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD58.7 Organizational Behavior.
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Date Deposited: 13 Oct 2025 03:59
Last Modified: 13 Oct 2025 03:59
Department: Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences
Name: Othman, Mohamad Khairi and Yusof, Rahimi
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11844

Actions (login required)

View Item
View Item