UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pengaruh rasuah politik terhadap pemeliharaan sumber hutan : Kajian kes SPRM di negeri Perak

Abdul Rezar, Manan (2025) Pengaruh rasuah politik terhadap pemeliharaan sumber hutan : Kajian kes SPRM di negeri Perak. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission.pdf] Text
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (331kB) | Request a copy
[thumbnail of s904997_01.pdf] Text
s904997_01.pdf

Download (2MB)

Abstract

Hutan merupakan sumber semula jadi penting yang menawarkan manfaat ekonomi, sosial dan alam sekitar yang penting kepada kemajuan sosioekonomi negara. Apabila diurus secara lestari, hutan memberi kesan positif jangka panjang. Sebaliknya, pembalakan haram menjadi halangan utama kepada pengurusan hutan yang efektif kerana ia mengganggu keseimbangan ekologi, mengurangkan pendapatan Kerajaan dan menjejaskan mata pencarian komuniti yang bergantung kepada hutan, terutamanya di negeri seperti Perak yang mana sektor pembalakan memberi sumbangan penting kepada ekonomi. Kajian ini meneliti hubungan antara rasuah politik dan isu pembalakan di Perak. Objektif kajian ini adalah untuk (1) menilai sejauh mana elemen rasuah politik mempengaruhi isu alam sekitar di Perak; (2) menyelidik bentuk-bentuk impak terhadap pengurusan serta perlindungan alam sekitar di negeri tersebut; serta (3) menganalisis pendekatan dan cabaran dalam usaha membendung rasuah politik berkaitan tadbir urus alam sekitar di Perak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dan data dianalisis menggunakan analisis tematik melalui Atlas.ti. Data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur melibatkan temu bual bersama 10 orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Perak. Dapatan kajian menjelaskan bagaimana rasuah politik mempengaruhi pengeluaran lesen pembalakan serta melemahkan tadbir urus dan kestabilan politik negeri Perak. Pembalakan haram dilihat sebagai bayangan yang merentas sistem rasmi, mengancam kelestarian alam sekitar serta dasar kerajaan. Kajian ini turut menunjukkan bahawa rasuah meresap masuk ke dalam sistem ekologi, sosial dan politik serta memberi kesan meluas kepada masyarakat dan struktur pemerintahan. Dapatan kajian juga menekankan pentingnya strategi menyeluruh yang bukan sahaja menangani cabaran segera tetapi juga isu sistemik disebabkan rasuah dalam sektor pembalakan. Secara teorinya, kajian ini menyumbang kepada penggunaan Teori Institusi dalam mengkaji konteks rasuah politik dalam menambah baik isu pembalakan di Perak. Dari sudut praktikal, kajian ini mendedahkan bahawa rasuah politik membawa kesan yang besar terhadap pengurusan alam sekitar di Perak. Justeru, kajian ini memerlukan usaha bersepadu untuk mengurangkan kesan buruk rasuah ke atas sumber semula jadi dan landskap politik Perak.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Mohd Udin, Mashitah and Yusoff, Kamarul Zaman
Item ID: 12018
Uncontrolled Keywords: Rasuah politik, Pembalakan haram, Tadbir urus Perak, Kelestarian alam, Strategi penyelesaian
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies (COLGIS)
Date Deposited: 25 Feb 2026 08:30
Last Modified: 25 Feb 2026 08:30
Department: Collage of Law,Government and International Studies
Name: Mohd Udin, Mashitah and Yusoff, Kamarul Zaman
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/12018

Actions (login required)

View Item
View Item