Chien, Chunng Tsaur (2025) Peranan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam menangani wabak Covid 19 ketika perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP): Kajian kes di Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.
Abstract
Pandemik Covid-19 telah menjangkiti dan meragut nyawa jutaan manusia di seluruh dunia. Pandemik ini telah menimbulkan cabaran yang tidak dijangka dan dalam pelbagai rupa, bukan sahaja kepada sektor kesihatan awam tetapi juga kepada agensi penguatkuasaan undang-undang. Pegawai dan anggota polis sering terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha tindak balas pandemik, menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti. Kemajuan teknologi terutamanya penggunaan media sosial secara meluas memberi cabaran baharu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras jenayah di negara ini. Kegiatan penipuan sama ada dalam negara atau rentas sempadan telah berkembang daripada kaedah konvensional kepada kaedah yang lebih kompleks. Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap kefahaman pegawai dan anggota PDRM Daerah Kubang Pasu terhadap garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan mengenalpasti keberkesanan penguatkuasaan dan advokasi anggota PDRM Daerah Kubang Pasu Ketika pelaksanaan PKP. Keberkesanan penguatkuasaan dan advokasi oleh pihak Polis Diraja Malaysia telah dianalisa daripada perspektif tingkah laku mereka semasa menjalankan penugasan penguatkuasaan dan advokasi, khususnya dalam meningkatkan tahap keselamatan jalan raya, berdasarkan Teori Tingkah Laku Terancang (Theory of Planned Behaviour). Kaedah penyelidikan secara kualitatif telah dipilih untuk kajian ini, kerana ia merupakan pendekatan yang paling sesuai untuk memperolehi kefahaman yang mendalam tentang akibat dan puncanya. Secara khususnya, kajian ini mengguna pakai kajian kualitatif secara tematik, yang membolehkan responden memberikan maklumbalas yang terperinci dan komprehensif terhadap soalan-soalan yang diberikan. Kajian ini amat penting kerana ia menjadi panduan kepada PDRM dalam menangani ancaman yang tidak kelihatan seperti Covid-19 pada masa hadapan. Selain itu, kajian ini juga dapat memberi maklumat yang jelas kepada pihak berwajib dalam merangka pelan keselamatan dan gerak kerja yang lebih komprehensif, khususnya kepada golongan sasar di negeri Kedah
| Item Type: | Thesis (Doctoral) |
|---|---|
| Supervisor : | Khamis, Karul Azman and Omar, Rusdi |
| Item ID: | 12068 |
| Uncontrolled Keywords: | Pandemik Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan, Pegawai polis, Polis DiRaja Malaysia |
| Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce. > HF5549-5549.5 Personnel Management. Employment |
| Divisions: | College of Law, Government and International Studies (COLGIS) |
| Date Deposited: | 02 Apr 2026 07:50 |
| Last Modified: | 02 Apr 2026 07:50 |
| Department: | Collage of Law,Government and International Studies |
| Name: | Khamis, Karul Azman and Omar, Rusdi |
| URI: | https://etd.uum.edu.my/id/eprint/12068 |

