UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pengaruh Iklan Televisyen Komersil Terhadap Gaya Hidup Pelajar-Pelajar Islam Indonesia (Kes Pondok Pesantren di Surakarta)

Ahmad Adib, , (2010) Pengaruh Iklan Televisyen Komersil Terhadap Gaya Hidup Pelajar-Pelajar Islam Indonesia (Kes Pondok Pesantren di Surakarta). PhD. thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of Ahmad_Adib.pdf] PDF
Ahmad_Adib.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)
[thumbnail of 1.Ahmad_Adib.pdf]
Preview
PDF
1.Ahmad_Adib.pdf

Download (326kB) | Preview

Abstract

Pondok Pesantren merupakan sebuah institusi pendidikan berdasarkan kemasyarakatan (community based education) yang sangat independen dari pergantungan pada kerajaan (Sulthon, 2006). Menurut Journal Center for Moderate Muslim Indonesia (2008) terdapat sekitar 15 ribu pondok pesantren dengan pelajar Islam (santri) aktif lebih kurang 8 juta. Jika pendidikan di sekolah negeri/swasta masih tiga kali lebih mahal, institusi pesantren adalah satu-asatunya yang masih merupakan sumber pendidikan dan moral bagi orang-orang yang tidak mampu (O'Halon, 2006). Sebagai sebahagian utama daripada pondok pesantren, pelajar Islam mempunyai peranan penting dalam islamisasi di kalangan umat Islam Indonesia (Azra, 2001). Bahkan diharapkan sebagai Agen Pembangunan Melalui Dakwah (AMPD), namun dari sisi industri, mereka dianggap sebagai pasaran sasaran (target market) yang sangat loyal dan Penurut (Sulthon, 2006). Sejak lama televisyen mempunyai peranan yang sangat dominan sebagai lembaga komersil penyokong idea pokok kapitalisme (Hidayati, 1998), iaitu sebahagian besar pendapatan berasal dari iklan (berlaku sejak kerajaan RI sebagai regulator menghapuskan yuran televisyen tahun 1989). Kebebasan iklan televisyen di Indonesia semakin terlihat saat kerajaan memberi izin Rajawali Citra Televisyen Indonesia (RCTI) pada 1990 dan kemuncaknya 23 Januari 1991, ketika Televisyen Pendidikan Indonesia (TPI), yang menyandang beban
pendidikan, boleh bersiaran iklan terbuka secara nasional (Atmowiloto, 2006). Sementara iklan-iklan televisyen dikeputusankan secara kreatif dengan budget triliunan rupiah, dibuat untuk mampu mencuci otak masyarakat(termasuk pelajar Islam) supaya pola penggunanya berubah sebagaimana yang diharapkan (Budiasih, 2005). Disinilah terjadi dilemasisasi pada diri pelajar Islam iaitu berdiri pada dua sisi kepentingan yang jauh berbeza. Kaedah pengkajian yang digunakan ialah kaedah bauran (mixed), dimana kaedah penyelidikan ini sebagai paradigma kajian ketiga juga dapat membantu menjembatani dan saling melengkapi antara kualitatif dan kuantitatif. Melalui pendekatan holistik dengan menghubungkan fenomena-fenomena yang berlaku daripada pelajar Islam di pondok pesantren dan mengesahkan pada sumber-sumber penting yang terhubungkait langsung dengan karya iklan televisyen komersil, para perancang iklan, pereka bentuk, pelajar Islam dan peraturan program televisyen.

Item Type: Thesis (PhD.)
Supervisor : Hj. Abdul Ghani, Ahmad Bashawir and Mohamad, Mohamad Hanapi
Item ID: 2393
Uncontrolled Keywords: Commercial Advertisement, Lifestyle, Students
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce. > HF5801-6182 Advertising
Divisions: College of Law, Government and International Studies (COLGIS)
Date Deposited: 10 Jul 2011 01:25
Last Modified: 26 Apr 2016 04:10
Department: College of Law, Government and International Studies
Name: Hj. Abdul Ghani, Ahmad Bashawir and Mohamad, Mohamad Hanapi
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/2393

Actions (login required)

View Item
View Item