UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Keberkesanan pengurusan program ladang merdeka dalam meningkatkan hasil pengeluaran padi dan pendapatan bersih peserta di Kelantan

Md Alwi, Che Ahmad (2021) Keberkesanan pengurusan program ladang merdeka dalam meningkatkan hasil pengeluaran padi dan pendapatan bersih peserta di Kelantan. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of s825692_01.pdf] Text
s825692_01.pdf
Restricted to Repository staff only until 16 February 2024.

Download (6MB) | Request a copy
[thumbnail of s825692_02.pdf] Text
s825692_02.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB) | Request a copy
[thumbnail of tidak membenarkan mendeposit_0001.pdf] Text
tidak membenarkan mendeposit_0001.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (970kB) | Request a copy

Abstract

Program Ladang Merdeka bermaksud memerdekakan tanah pertanian terbiar atau tidak ekonomik ke dalam satu sistem pertanian bersistematik yang diuruskan oleh sebuah organisasi. Masalah yang berlaku adalah tentang keberkesanan pengurusan sehingga menimbulkan isu pendapatan bersih dan tuaian hasil secara tidak konsisten pada setiap musim tanaman. Objektif kajian adalah: pertama, mengenal pasti tahap keberkesanan pengurusan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu dalam Program Ladang Merdeka menurut kakitangannya; kedua, mengkaji tahap keberkesanan pengurusan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu dalam Program Ladang Merdeka menurut pesertanya; ketiga, mengukur perbezaan keupayaan pengurusan secara berkesan Program Ladang Merdeka oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu; dan keempat, menilai perbezaan keupayaan pengurusan secara berkesan oleh para peserta Program Ladang Merdeka. Kajian ini dijalankan di 16 lokasi Program Ladang Merdeka di bawah pengurusan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, Kelantan. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif dan ANOVA sehala untuk merungkai objektif kajian. Kajian mendapati pendapatan bersih dan purata tuaian hasil peserta yang tidak konsisten adalah didorong oleh perbezaan cara diri kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu dalam mengaplikasikan kaedah pengurusan berkesan, terutamanya oleh peserta Program Ladang Merdeka. Mereka kurang mempunyai satu cara kerja berkeupayaan tinggi bagi pematuhan kepada matlamat organisasi, peraturan dan prosedur kerja, kepimpinan organisasi, keilmuan, budaya kerja dan penilaian tahunan. Ini adalah jelas apabila tahap keupayaan pengurusan berkesan oleh kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu adalah pada tahap sederhana dengan nilai min setinggi 3.56, kecuali struktur organisasi sahaja yang berada pada tahap baik dengan min bernilai 3.67. Bagi tahap keupayaan pengurusan berkesan oleh peserta Program Ladang Merdeka pula nilai min bagi semua aspek adalah setinggi 3.30 iaitu pada tahap sederhana. Sementara itu, perbezaan keupayaan pengurusan berkesan Program Ladang Merdeka oleh kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu hanya dalam konteks jantina, status perkahwinan, pandangan kakitangan dan keterlibatan kakitangan. Justeru, sebaiknya kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu dan peserta Program Ladang Merdeka meningkatkan keupayaan diri dalam segala aspek berkaitan konstruk keberkesanan pengurusan.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Ismail, Hamidi
Item ID: 9475
Uncontrolled Keywords: KADA, Kelantan, Ladang Merdeka, Ladang Padi, Pengurusan Berkesan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD28-70 Management. Industrial Management
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD58.9 Organizational Effectiveness.
Divisions: Ghazali Shafie Graduate School of Government
Date Deposited: 07 Jun 2022 01:11
Last Modified: 07 Jun 2022 01:11
Department: Ghazali Shafie Graduate School of Government
Name: Ismail, Hamidi
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/9475

Actions (login required)

View Item
View Item