UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Hubungan di antara tret personaliti, motivasi selamat dan tingkah laku selamat dalam kalangan anggota kesihatan jabatan kecemasan Hospital Seri Manjung

Shukor, Abu Samah (2022) Hubungan di antara tret personaliti, motivasi selamat dan tingkah laku selamat dalam kalangan anggota kesihatan jabatan kecemasan Hospital Seri Manjung. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of permission to use-NOT ALLOWED.pdf] Text
permission to use-NOT ALLOWED.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (319kB) | Request a copy
[thumbnail of s826630_01.pdf] Text
s826630_01.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s826630_02.pdf] Text
s826630_02.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (656kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan dan pengaruh di antara tret personaliti, motivasi selamat dan tingkah laku selamat dalam kalangan anggota kesihatan Jabatan Kecemasan Hospital Seri Manjung. Di dalam kajian ini terdapat dua pemboleh ubah tidak bersandar iaitu tret personaliti dan motivasi selamat manakala tingkah laku selamat adalah pemboleh ubah bersandar. Kajian ini melibatkan seramai 118 orang responden. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai medium untuk pengumpulan data. Borang soal selidik diedarkan kepada responden secara perkongsian pautan kepada ‘Google Form’ untuk memudahkan pengumpulan data. Borang soal selidik terdiri daripada empat bahagian iaitu bahagian demografik,
bahagian tret personaliti, bahagian motivasi selamat dan juga tingkah laku selamat. Item yang digunakan untuk bahagian tret personaliti adalah soalan daripada Keirsey Temperament Sorter II (KTSII) yang memiliki 35 item soalan untuk mengetahui tret personaliti responden berdasarkan 4 kumpulan temperamen. Manakala untuk soalan motivasi terdiri daripada 6 item soalan dan tingkah laku selamat mempunyai 12 item soalan yang menggunakan skala likert 5 aras. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu (min dan sisihan piawai) dan juga statistik inferensi iaitu ujian korelasi ‘pearsons’ untuk mengukur tahap hubungan pemboleh ubah dan juga ujian regresi berganda untuk mengukur pengaruh pemboleh ubah tidak bersandar terhadap pemboleh ubah bersandar. Hasil dari ujian regresi berganda menunjukkan pemboleh ubah tidak bersandar mempengaruhi sebanyak 67% terhadap pemboleh ubah bersandar iaitu tingkah laku selamat. Dapatan Kajian juga menunjukkan pemboleh ubah tidak bersandar iaitu motivasi selamat lebih mempengaruhi tingkah laku selamat berbanding dengan tret personaliti. Hasil daripada dapatan ini adalah disyorkan kepada pihak pengurusan Jabatan Kecemasan Hospital Seri Manjung untuk memberikan perhatian kepada motivasi selamat anggota kesihatan
yang bertugas di jabatan ini supaya prestasi keselamatan sentiasa berada di tahap yang baik bagi memastikan kemalangan dan jangkitan penyakit berjangkit dapat diminimumkan sebaik mungkin.

Item Type: Thesis (Masters)
Supervisor : Abdullah, Nor Azimah Chew
Item ID: 10429
Uncontrolled Keywords: Tret Personaliti, Motivasi Selamat, Tingkah Laku Selamat, Anggota Kesihatan, Jabatan Kecemasan Hospital Seri Manjung.
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor. > HD56-57.5 Industrial Productivity
Divisions: School of Business Management
Date Deposited: 29 Mar 2023 01:38
Last Modified: 29 Mar 2023 01:38
Department: School Of Business Management
Name: Abdullah, Nor Azimah Chew
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/10429

Actions (login required)

View Item
View Item