UUM Electronic Theses and Dissertation
UUM ETD | Universiti Utara Malaysian Electronic Theses and Dissertation
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kepuasan kerja guru Maahad Tahfiz dan komitmen organisasi: etika kerja islam sebagai moderator

Masita, Mt. Zin (2024) Kepuasan kerja guru Maahad Tahfiz dan komitmen organisasi: etika kerja islam sebagai moderator. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of depositpermission.pdf] Text
depositpermission.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[thumbnail of s99224_01.pdf] Text
s99224_01.pdf
Restricted to Repository staff only until 21 May 2027.

Download (2MB) | Request a copy
[thumbnail of s99224_02.pdf] Text
s99224_02.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh kepuasan kerja guru maahad tahfiz terhadap komitmen organisasi berdasarkan etika kerja Islam sebagai penyederhana bagi meningkatkan mutu kerja. Fokus kajian ini adalah bagi mengesan perbezaan tahap kepuasan kerja, komitmen organisasi dan etika kerja Islam berdasarkan aliran pendidikan, tahap pengajian dan pendapatan guru maahad tahfiz, juga meneliti hubungan, pengaruh dan pengaruh penyederhanaan antara kepuasan kerja, komitmen organisasi dan etika kerja Islam. Kajian ini menggunakan Three Component Model Employee Commitment Survey (TCM-ECS) versi semakan yang dibangunkan oleh Meyer dan Allen (2004) yang terdiri daripada komitmen afektif, komitmen berterusan dan komitmen normatif. Teori Locke dan Teori Two Factors Theory oleh Herzberg berkaitan kepuasan kerja dan ketidakpuasan kerja turut diberi perhatian dalam kajian ini. Manakala, etika kerja Islam berasaskan satu set nilai atau system kepercayaan yang diterapkan daripada al-Quran dan hadis mengenai kerja bagi meningkatkan keseimbangan antara individu dan sosial turut diberi penekanan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan seluruh populasi digunakan sebagai responden kajian ini dengan data dianalisis dengan menggunakan perisian statistical package for the social science (SPSS) version 28. Sebanyak 676 borang soal selidik telah diedarkan kepada semua guru maahad tahfiz di Kedah. 98 borang soal selidik yang mewakili 14.5% borang soal selidik telah diperolehi dan dianalisis. Statistik deskriptif, ujian-t, ANOVA satu hala, korelasi Pearson, analisis regresi berganda dan analisis regresi berhierarki digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian ini membuktikan bahawa guru maahad tahfiz terutamanya yang berpendidikan kebangsaan, sangat komited kepada organisasi dan berpuas hati dengan pekerjaan mereka walaupun menerima pendapatan yang rendah dan dalam masa yang sama, mereka turut mengamalkan etika kerja Islam. Oleh itu, pihak berkuasa perlu memberi perhatian terhadap pendapatan dan kebajikan guru-guru maahad tahfiz bagi mengelakkan kemungkinan mereka meninggalkan maahad tahfiz sekiranya terdapat peluang dan ruang yang lebih baik.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Supervisor : Abd Halim, Mohammad Naim
Item ID: 11602
Uncontrolled Keywords: Kepuasan Kerja, Komitmen Organisasi dan Etika Kerja Islam
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
Divisions: Islamic Business School
Date Deposited: 11 Mar 2025 07:53
Last Modified: 11 Mar 2025 07:53
Department: Islamic Business Scool
Name: Abd Halim, Mohammad Naim
URI: https://etd.uum.edu.my/id/eprint/11602

Actions (login required)

View Item
View Item